Tuesday, January 13, 2015

Foto murid sekolah galas beg kotak jadi viral, ini penjelasannya



Foto murid sekolah galas beg kotak jadi viral, ini penjelasannya | Sesi persekolahan 2015 yang bermula hari ini, bagi ibu bapa sudah tentunya persediaan untuk ke sekolah telah dibuat lebih awal. Baju uniform, kasut, stokin dan beg termasuk alat tulis sudah tentunya menjadi perkara utama dalam senarai barang keperluan sekolah untuk dibeli. Kebetulan beberapa negeri di Malaysia telah teruk dilanda banjir baru-baru ini, bagi mangsa yang terlibat mungkin menemui kesukaran untuk menyediakan keperluan sekolah untuk anak-anak mereka.

Mungkin kerana 'terlebih' prihatin, satu foto seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak mula viral di media sosial termasuk Whatsapp.Tersebarnya foto itu, maka ramailah yang berasa simpati malah ada juga yang mengaitkannya dengan mangsa banjir. Lebih dahsyat adalah golongan yang cuba mengaitkan foto tersebut dengan kelemahan sistem bantuan kerajaan. Hakikatnya pengguna media sosial dan Whatsapp tertipu dengan foto itu tanpa mengetahui fakta sebenarnya. Akhirnya, seorang pengguna di facebook bernama Rozali Salleh menerangkan cerita sebenar di sebalik foto itu. 


"Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.-Awani




.

1 Penyokong CHELSEA:

nad on January 13, 2015 at 1:02 PM said...

xpe.. walau apa pun cerita sbnrnya, mmg gmbr ni boleh jadi contoh pd anak2 yg dok asek nak beg tema2 kartun... bukan murah beg2 zaman skrg ni.. kene ajar anak2 utk lebih berjimat.. apa kesah disebalik gmbr bukan anak2 nak tau.. tp bila dia tgk, dorg dapat rasa... chewah! harapnya gitu la :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!