Saturday, January 10, 2015

Gelagat lelaki ini membuatkan masyarakat hairan



Gelagat lelaki ini membuatkan masyarakat hairan | PEMANDANGAN membawa haiwan peliharaan seperti kucing berjalan-jalan di taman adalah sesuatu yang biasa. Namun, berbeza bagi Mike Warren, 60, apabila dia membawa ikan emas yang dipeliharanya melihat dunia luar. Mike dari Holmfirth di West Yorks, England, merupakan seorang bekas pengimpal logam dan telah menghabiskan ribuan jam untuk mereka Aquatic Perambulator, iaitu sebuah alat yang memudahkannya membawa ikan kesayangannya, Malcolm, bersiar-siar lapor Mirror.


Difahamkan, idea itu terhasil kira-kira tujuh tahun lalu dan baginya ia sebagai salah satu cara untuk membantu Malcolm mempunyai kehidupan lebih menarik. “Melihat orang membawa ikan dalam mangkuk keluar berjalan-jalan adalah unik. Bagaimanapun, ada juga yang mengejek tindakan saya ini dengan mengatakan ia sesuatu yang mengarut kerana ikan tidak dapat melihat apa yang berlaku," katanya.-Mirror



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!