Kisah lelaki yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, namun bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini | Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia bukan alasan untuk lelaki ini meneruskan cita-cita menjadi polis dan membantu keluarganya. “Ayah tolong tampar pipi saya,” itulah apa yang keluar dari mulut M Taufik Hidayat kepada bapanya Triyanto ketika mendapat tahu dia lulus temu duga menjadi polis. Menurutnya, dia berusaha keras untuk mencapai cita-citanya. Dia yang dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, sedikit pun tidak merungut, malah bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini.
Pendapatan bapanya sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung keperluan hidup seharian mereka sekeluarga. Justeru, dia terpaksa bekerja sebagai penggali pasir untuk membantu keluarga. Selepas lulus sekolah, dia terpaksa menahan hasratnya melanjutkan pelajaran, sebaliknya dan bekerja sebagai pembantu perpustakaan. Tidak lama selepas itu, dia membuat keputusan untuk berhenti dan nekad meneruskan cita-citanya.
Berkat doa bapanya, Taufik lulus dalam pemilihan polis Disember tahun lalu dan mengikuti pendidikan di Sekolah Tinggi Polis. Di sebalik kegembiraan itu, M Taufik tetap perlu tabah kerana untuk bertugas, dia terpaksa berjalan sejauh 7 kilometer dari rumahnya di Jongke ke balai polis. Biarpun memulakan perjalanan selepas Subuh, dia sering sampai lewat ke pejabat dan mengundang rasa curiga majikannya. Selepas memberikan penjelasan, dia dipinjamkan motor oleh majikannya. - Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
tabah sungguh
Post a Comment