Monday, January 26, 2015

Laman web Malaysia Airlines digodam.. Apa jadi pada data peribadi pelanggan?



Laman web Malaysia Airlines digodam.. Apa jadi pada data peribadi pelanggan? | Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline. Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.” Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi. Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.Ketika menghubungi talian pertanyaan Malaysia Airlines, pihak Astro AWANI disuruh tunggu sehingga dua hingga tiga jam sebelum membuat tempahan dalam talian.


Apa jadi pada data peribadi pelanggan? 

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines memberi jaminan insiden laman webnya yang dipercayai digodam awal pagi Isnin tidak akan memberi impak negatif terhadap tempahan tiket yang telah dilakukan oleh pelanggannya. Dalam satu kenyataan media ringkas yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, MAS memberi jaminan data peribadi pelanggan tidak terdedah dan berada dalam keadaan selamat ekoran kejadian tersebut. Kenyataan itu turut menyatakan, 'server' laman web MAS masih beroperasi dan syarikat penerbangan itu telah menangani masalah tersebut dengan syarikat pembekal servis dan sistem dijangka akan dibaik pulih dalam masa 22 jam.

Insiden tersebut telah dilaporkan kepada Cybersecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan. Buat masa ini, tidak diketahui sama ada pihak yang menamakan diri mereka “Cyber Caliphate"”itu dikaitkan dengan rangkaian kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mendakwa perjuangan mereka atas semangat khalifah. Laman web rasmi syarikat penerbangan itu digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.-Awani



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!