Monday, January 5, 2015

Pendedahan mengenai laman sosial Facebook dan Twitter ini memang mengejutkan



Pendedahan mengenai laman sosial Facebook dan Twitter ini memang mengejutkan | Laman media sosial Facebook dan Twitter, didakwa membenarkan penyebaran Islamophobia atau benci terhadap Islam dengan cara enggan memadam beratus-ratus status yang bersifat menghasut. Pertubuhan antara agama, Faith Matters mendakwa, antara status bersifat berat sebelah yang dimuat naik menerusi dua laman sosial itu termasuk tuduhan orang Islam sebagai perogol, fidofilia dan disamakan dengan barah.

Dalam satu contoh mengejutkan, seorang pengguna Facebook merujuk perbuatan memenggal kepala penduduk Barat di Syria dengan berkata: ‘Bagi setiap individu yang dipenggal oleh anggota militan kumpulan Negara Islam (IS), kita harus mengheret 10 lagi pengganas ke jalanan dan menyembelih mereka, memfilemkannya dan meletakkannya di Internet’.

Namun bagi sesetengah kes tertentu, pemilik akaun laman sosial yang bertanggungjawab memuatnaik status berunsur kesat itu tidak digantung, malah statusnya juga tidak dibuang, menurut satu laporan The Independent yang dipetik portal Mail Online. Pengarah Faith Matters, pertubuhan yang mewujudkan talian bagi mangsa keganasan anti-Islam, Fiyaz Mughal berkata, beliau kecewa dengan laman-laman sosial itu yang tidak melaksanakan tindakan tegas berhubung penyebaran status berunsur menghasut tersebut.

“Tindakan Facebook dan Twitter yang enggan memadam status berbaur hasutan tidak boleh diterima dari segi moral,’’ katanya. Facebook dalam pada itu mendakwa, pihaknya perlu ‘memastikan keseimbangan yang betul’ antara kebebasan bersuara dan mengekalkan ‘satu suasana yang dipercayai dan selamat’ manakala Twitter menegaskan bahawa, kesemua laporan yang melanggar peraturan laman sosial itu akan disiasat. Sejak empat bulan lalu, kumpulan-kumpulan Islam telah mengumpulkan butiran tentang penyalahgunaan Internet dan melaporkannya kepada Facebook dan Twitter.-AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!