Wednesday, January 14, 2015

#QZ8501: Dimana 114 mangsa yang masih belum ditemui?



#QZ8501: Dimana 114 mangsa yang masih belum ditemui? | “Sudah hampir seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan tidak menemui mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang jatuh di Selat Karimata, Pangkalan Bun,” kata Ketua Badan Sar Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo yang reda dengan keadaan itu. Bambang berkata, mayat terakhir yang ditemui pasukan pencari adalah mayat pasangan suami isteri warga Korea Selatan, Seong Beom Park dan isterinya Kyung Hwa Lee pada 9 Januari lalu. Menurutnya, keadaan ini sudah tentu membuat keluarga mangsa lain tertekan kerana sehingga ke hari ini, masih ada 114 penumpang dan krew pesawat berkenaan yang belum diketuai nasibnya.

“Kemungkinan hanya 50 peratus dari 114 orang yang mungkin ditemui dalam pencarian berikutnya. “Mudah-mudahan baki 50 peratus itu semua ditemui,” katanya. Soelistyo berkata, operasi yang dijalankan Basarnas adalah berdasarkan standard yang ditetapkan tetapi keadaan alam di lokasi jatuhnya pesawat berkenaan sangat mempengaruhi hasil operasi. “Cuaca buruk, ombak tinggi dan arus laut yang deras menjadi masalah dan ancaman kepada pasukan.

“Waktu pencarian yang lama juga memungkinkan tubuh mangsa rosak atau hilang. Saya juga sudah sampaikan kepada keluarga supaya mereka turut memahami keadaan ini," katanya. Menurutnya, Basarnas akan tetap melakukan pencarian meskipun pada suatu hari nanti operasi SAR yang rasmi dihentikan. "Tetapi, keluarga jangan berprasangka buruk dulu. Saya dan pasukan akan tetap mencari mayat mangsa melalui operasi harian," katanya. Soelistyo berjanji dia dan pasukan SAR akan berusaha kuat menemui semua mangsa dalam apa jua keadaan. - VIVAnews




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!