Wednesday, January 28, 2015

#QZ8501: Operasi SAR akhirnya ditamatkan selepas hanya 70 mayat ditemui



#QZ8501: Operasi SAR akhirnya ditamatkan selepas hanya 70 mayat ditemui | Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditamatkan hari ini selepas hanya 70 mayat mangsa nahas itu ditemukan setakat ini, masuk hari ke-31 misi pencarian. Sebanyak 162 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat itu ketika nahas tersebut berlaku. Menurut laporan portal tempatan Viva yang memetik stesen televisyen tvOne, operasi berkenaan dihentikan selepas tiada lagi mayat ditemukan dalam badan pesawat yang masih gagal dibawa keluar dari dasar Laut Jawa. Jelas laporan itu, pengumum­an tersebut dibuat oleh Panglima Komando Armada Republik Indonesia (RI) Kawasan Barat, Laksamana Muda Widodo dari atas kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata.

“Operasi ini telah berlangsung lebih 30 hari dan akan dihentikan serta-merta. “Kami memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa. Kami telah lakukan yang terbaik untuk mencari baki mayat yang hilang,” katanya. Bagaimanapun, Pengarah Ba­dan SAR (Basarnas) Indonesia, SB Supriyadi ketika dihubungi portal berita Suara Suarabaya, pula berkata, perkara tersebut masih dibincangkan oleh pihak yang terlibat dalam operasi terbabit. Jelasnya, mengikut prosedur standard, tempoh operasi yang dijalankan hanya selama seminggu, tetapi pihaknya telah menjalankan misi SAR selama 31 hari sejak pesawat Airbus A320-200 itu terhempas pada 28 Disember lalu.

“Kami masih berbincang sama ada mahu menghentikan operasi ini dengan serta-merta atau tidak,” katanya. Sementara itu, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) dalam kenya­taannya berkata, laporan awal berhubung nahas tersebut, tidak akan melibatkan keputusan analisis ke atas dua perakam kotak hitam yang merupakan data pen­ting bagi merungkai punca sebenar tragedi itu. Menurut kenyataan itu, laporan tersebut yang akan dihantar kepada Pertubuhan Pe­nerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada minggu ini hanya melibatkan maklumat pesawat, jumlah penumpang dan maklumat lain. NTSC diminta menyiapkan laporan awal itu untuk dihantar kepada ICAO dalam tempoh 30 hari selepas kejadian, bagaimanapun jawatankuasa terbabit tidak akan menyiarkan maklumat tentang hasil siasatan awal tersebut kepada umum. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!