Thursday, January 29, 2015

Remaja 15 tahun tembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka



Remaja 15 tahun tembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka | Seorang remaja berusia 15 tahun menembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka pada Isnin, menurut pihak berkuasa. Memetik laporan dari portal berita Msn.news, pasangan dua beradik itu menemui pistol milik bapa mereka di kediaman mereka di Minnesota sebelum merancang untuk bermain. Polis dan paramedik bergegas ke kediaman mereka sebaik sahaja menerima panggilan daripada remaja berkenaan yang mengatakan adiknya mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri.

“Sebelum tiba di tempat kejadian, remaja itu memberitahu pihak polis adik lelakinya terjatuh dan tertikam dengan pisau di bahagian dada. “Namun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dia memberitahu cerita sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya seperti yang dilapor oleh portal berkenaan. Menurut pihak berkuasa, kedua beradik itu berada di rumah bersama seorang adik perempuan mereka yang berusia 11 tahun.

“Kedua mereka menemui pistol ayah mereka yang tidak berpeluru di rumah mereka. Kemudian mereka menemui peluru yang disimpan dibahagian lain. Salah seorang daripada mereka mengisi peluru dalam pistol itu dan mula bermain. “Semasa mengejar adiknya, abangnya melepaskan satu das tembakan ke bahagian dada adiknya, menyebabkan budak lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lagi. Adik perempuan mereka bagaimanapun tidak menyaksikan kejadian tersebut. Polis menyifatkan insiden ini sebagai kemalangan dan tiada tangkapan dibuat. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!