Monday, January 26, 2015

Sadis.. 3 maut dan 6 cedera ditembak semasa berparti di sebuah kediaman



Sadis.. 3 maut dan 6 cedera ditembak semasa berparti di sebuah kediaman | Dua orang wanita dan seorang lelaki mati ditembak, manakala enam lagi ce­dera semasa berparti di sebuah kediaman di sini kelmarin, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). Polis mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung insiden tembakan tersebut di sebuah rumah kecil dekat sini tetapi tidak menyatakan sama ada suspek telah dikenal pasti. Menurut polis, pihaknya bertindak setelah menerima laporan berlaku tembakan di rumah itu menje­lang pukul 2 pagi (waktu tempatan) dan menemui mayat dua wanita berumur dalam lingkungan 20-an dan beberapa orang yang cedera di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Nebraska de­ngan ambulans. Polis percaya kira-kira 50 orang berada di rumah itu semasa kejadian. “Seorang kritikal dan dua lagi me­ngalami kecederaan serius,” kata polis. Tiga mangsa lain dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam.

Menurut polis, Jakela Foster dan Latecia Fox yang masing-masing berumur 19 dan 24 tahun mati di lokasi kejadian, manakala mangsa ketiga berusia 26 tahun, Cameron Harris meninggal dunia beberapa jam kemudian. Ibu kepada seorang mangsa ber­kenaan, Kristina Young menyatakan, teman lelakinya menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa anaknya, Jakela Foster terlibat dalam insiden tembakan. Menurut Young, mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun. “Saya kini mempunyai seorang cucu yang kehilangan ibunya,” kata Young. – Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!