Monday, January 26, 2015

Kekerapan nahas pesawat buatkan aplikasi khas elak fobia naik pesawat dicipta



Kekerapan nahas pesawat buatkan aplikasi khas elak fobia naik pesawat dicipta | Kekerapan nahas membabitkan pesawat penumpang komersial sejak kebelakangan ini, membuatkan sebuah syarikat di London mencipta sebuah aplikasi yang mampu mengatasi rasa gugup penumpang. Aplikasi diberi nama Am I Going Down? itu dilapor mampu meramal potensi sesebuah pesawat untuk terhempas dengan menggunakan statistik penerbangan sebenar bagi menganalisis keselamatan penerbangan. Am I Going Down? dicipta oleh Nic Johns, seorang pereka program daripada syarikat Vanilla Pixel.

Ketika diminta mengulas mengenai aplikasi itu kepada Mail Online Travel, Johns menerangkan, dia mendapat ilham mewujudkan Am I Going Down? daripada isterinya yang juga pengasas bersama syarikat, Julie. “Ketakutannya untuk terbang menyukarkan urusan kami. Oleh itu saya mewujudkan sebuah aplikasi yang mampu memberi fakta jelas bahawa anda sebenarnya selamat selepas memasuki pesawat,’’ katanya dalam satu e-mel. Menurut Johns, dia telah mengakses lebih 10 juta laluan penerbangan menggunakan data daripada sumber seperti Biro Arkib Kemalangan Pesawat, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, dan Pertubuhan Penerbangan Awam.


Pelancaran aplikasi yang dibuat tidak lama selepas nahas membabitkan pesawat AirAsia QZ8501, membuatkan Johns tidak menyenaraikan syarikat tambang murah itu daripada senarai penerbangan dalam aplikasinya buat sementara waktu. “Di sebalik musibah itu, reaksi yang saya terima tentang aplikasi ini agak positif terutamanya dalam kalangan mereka yang takut untuk menaiki pesawat,’’ katanya. Am I Going Down? kini terdapat di kedai iTunes dan boleh diakses pemilik gajet iPhone, iPad, dan iPod Touch, sementara untuk versi Android, aplikasi itu akan dilancarkan tidak lama lagi. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!