Monday, January 5, 2015

Sembilan orang maut tercekik sejenis kuih tradisional



Sembilan orang maut tercekik sejenis kuih tradisional | Sembilan orang maut akibat tercekik akibat makan sejenis kuih tradisional Jepun yang digelar mochi sempena menyambut ketibaan Tahun Baharu di negara ini. Menurut laporan media semalam, seramai 18 orang dihantar ke hospital di Tokyo ekoran sesak nafas selepas menjamah kuih tradisional tersebut dan tiga daripada mereka gagal diselamatkan. Akhbar, Yomiuri Shimbun memaklumkan, angka kematian akibat tercekik ketika makan mochi di sekitar Jepun meningkat kepada sembilan orang sehingga kelmarin, manakala 13 lagi turut dilaporkan dalam keadaan serius.

Jabatan bomba menasihatkan supaya orang ramai, khususnya orang tua dan kanak-kanak memotong mochi kepada beberapa bahagian kecil sebelum menjamahnya bagi mengelakkan daripada tercekik. Mochi yang dihidangkan bersama sup sayuran, ozouni itu diperbuat daripada beras pulut dan bersifat melekit serta kenyal yang menyebabkan kuih tersebut sukar ditelan. Mochi selalunya menjadi kuih tradisi bagi menyambut kedatangan tahun baharu masyarakat Jepun dan sering menjadi punca kematian akibat tercekik setiap tahun. – AFP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!