Tuesday, January 20, 2015

Seorang lelaki selamat walaupun terbabit dengan kemalangan ngeri



Seorang lelaki selamat walaupun terbabit dengan kemalangan ngeri | Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam pikapnya yang tersepit di antara dua buah treler dalam satu kemalangan di Lebuh Raya I-84 di bandar Baker, di sini, kelmarin.Portal Mail Online melaporkan, Kaleb Whitby, 27, bagaimanapun selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. “Kemalangan itu berlaku ketika cuaca berkabus dan saya cuba mengelak daripada sebuah trak tetapi keadaan menjadi lebih teruk, apabila pikap saya bertembung dengan sebuah treler lagi,” ujarnya.


Katanya, secara tiba-tiba datang sebuah lagi treler dari arah belakang menghimpit, menyebabkan dia tersepit di antara dua kenderaan besar itu. “Saya cuba menyelamatkan diri serta meminta pertolongan sebelum pasukan penyelamat mengeluarkan saya,” ujar Whitby yang merupakan seorang petani dari Pasco, Washington. Selepas diperiksa pasukan penyelamat, mereka mendapati Whitby tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemalangan dahsyat itu turut dirakam dan dimuat naik ke laman sosial. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!