Sunday, February 1, 2015

Apa yang terjadi apabila wad bersalin di Mexico meletup..



Apa yang terjadi apabila wad bersalin di Mexico meletup.. | Satu letupan trak gas memusnahkan wad bersalin sebuah hospital di barat pinggir bandar raya ini kelmarin dengan menyebabkan seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera. Pihak berkuasa memberitahu, beberapa orang bayi ditemui masih hidup di celah runtuhan bangunan berkenaan. “Seorang jururawat dan kanak-kanak mati selepas letupan tersebut yang memusnahkan kira-kira 70 peratus hospital berkenaan,” kata Datuk Bandar, Miguel Angel Mancera di sini. Seorang menteri kesihatan ketika ditemu bual sebuah stesen televisyen menyatakan, lebih 70 mangsa cedera dengan hampir 20 orang daripada mereka kritikal.

 Beberapa bayi ditemui di bawah timbunan runtuhan ketika berpuluh-puluh pekerja penyelamat menggali di celah timbunan konkrit bagi mencari mangsa yang masih hidup. Sebahagian mangsa yang cedera dipindahkan dengan helikopter, manakala rakaman dari udara menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus di lokasi kejadian. “Saya amat bimbangkan saudara perempuan saya. Dia sepatutnya telah bersalin.

“Kami membawanya ke hospital ini kelmarin,” kata seorang jururawat berusia 32 tahun, Monserrat Garduno. Menurut seorang pegawai tempatan, sekitar 100 orang berada di hospital berkenaan semasa letupan berlaku. “Letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada hos yang digunakan trak berkenaan untuk menyalurkan bahan api ke tangki hospital,” katanya. Banyak kawasan di sini tidak mempunyai saluran bekalan gas dan terpaksa bergantung kepada penghantaran gas menggunakan trak. Menurut Mancera, syarikat gas yang terlibat dalam letupan itu telah beroperasi di sini sejak 2007. – Reuters




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!