Thursday, February 5, 2015

Dunia kritik uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia



Dunia kritik uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, dikatakan tidak sesuai untuk industri itu terutamanya apabila berdepan situasi kecemasan dan boleh mencetuskan masalah lain. Menurut laporan portal berita Mail Online, syarikat penerbangan Skymark dari Jepun, Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana memperkenalkan uniform skirt mini kepada staf wanita, tetapi pakaian tersebut menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian seksi dan ketat.

Bekas atendan penerbangan pesawat komersial yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan peribadi, Carolyn Paddock berkata, selain pakaian, kasut tinggi yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain menghalang pergerakan apabila berlaku kecemasan. “Kasut tinggi boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat daripada getah bocor,” katanya. Paddock berkata, syarikat penerbangan terkemuka seperti Virgin Atlantic dan British Airways juga menerima kritikan daripada staf mereka walaupun uniform firma itu dihasilkan oleh dua pereka terkemuka dunia, Vivienne Westwood dan Julien MacDonald.

Staf Virgin Galatic mendakwa, kolar baju terlalu ketat sehingga menyebabkan leher mereka berdarah, manakala kakitangan British Airways membangkitkan bantahan apabila mereka tidak dibenarkan memakai seluar, sama seperti peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Etihad. Syarikat penerbangan di Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo, dan Garuda Indonesia turut dikritik kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi. Menurut Paddock, meskipun kebaya yang direka oleh pereka Perancis, Pierre Balmain, nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mencetuskan masalah besar apabila berlaku kecemasan. “Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya,” katanya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!