Thursday, February 5, 2015

Remaja bertindak kejam, diatas usaha menyembuhkan ketagihannya melayari internet



Remaja bertindak kejam, diatas usaha menyembuhkan ketagihannya melayari internet | Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikejarkan ke hospital selepas memotong tangannya sendiri akibat mahu ‘menyembuhkan’ ketagihannya melayari Internet. Remaja dari Nantong di wilayah Jiangsu itu meninggalkan pesanan untuk ibunya di bilik tidurnya sebelum menyelinap keluar dari rumah keluarganya sambil membawa pisau diambil dari dapur.

Dia yang hanya dikenali dengan gelaran ‘Little Wang’ kemudian memotong pergelangan tangan kirinya sebaik berada agak jauh dari rumahnya. Tangan itu kemudian dibiarkan di tanah sebelum dia menahan teksi untuk ke hospital berhampiran bagi mendapat rawatan. Ibunya yang enggan dikenali terkejut dengan tindakan drastik anaknya. “Kami sekeluarga tidak dapat menerima kejadian ini. “Perbuatannya sungguh tidak disangka-sangka. Padahalnya, dia sangat bijak,” katanya.

Menurut wanita itu, dia menyedari kehilangan anaknya sekitar jam 11 malam dan menemui nota yang mengatakan: “Mak, saya ke hospital sebentar.” Ajaibnya, pakar bedah berjaya menyambungkan tangannya selepas ditemui polis, namun tidak dapat menjamin ia dapat digunakan seperti sediakala. Negara Asia dilaporkan mengalami ‘wabak’ ketagihan Internet yang teruk dengan 24 juta yang digelar ‘web junky’ di China saja. Malah kem khas turut diadakan untuk membantu mengatasi ketagihan berkenaan. Simptom ketagihan Internet termasuk ponteng sekolah untuk hidup hampir sepenuhnya dalam dunia maya dan jarang meninggalkan bilik tidur. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!