Tuesday, February 17, 2015

Lelaki cedera parah dibelasah dan ditetak di laluan keluar sebuah panggung wayang



Lelaki cedera parah dibelasah dan ditetak di laluan keluar sebuah panggung wayang | Seorang pemuda cedera parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan remaja lain di laluan keluar sebuah panggung wayang di Jalan Tun Dr Awang di sini pada Ahad. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa serta beberapa rakan yang berusia 20-an berada di depan pintu lif telah didatangi sekumpulan pemuda sebelum mereka dibelasah. Ketika cuba melarikan diri ke arah panggung wayang, mangsa masih dikejar dan ditetak oleh kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang dan topi keledar.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang daripada rakan mangsa menjeling ke arah kumpulan berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, suspek dalam kejadian itu telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. "Polis juga telah mengenalpasti suspek lain dan mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," ujarnya. -Mstar



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!