Tuesday, February 3, 2015

Lelaki iklan cuba jual bangkai Lamborghini Huracan



Lelaki iklan cuba jual bangkai Lamborghini Huracan | Seorang lelaki mengiklankan sebuah kereta Lamborghini bernilai £186,000 (RM1.01 juta) untuk dijual pada harga cuma £4,000 (RM21,859.46) di sebuah laman web di Hungary baru-baru ini. Bagaimanapun, apa yang sebenar dijual oleh Csapo Joska, 35, itu merupakan bangkai sebuah kereta Lamborghini milik rakannya dari Republik Czech yang remuk dan hangus terbakar selepas satu kemalangan di sini pada September tahun lalu.


Joska menulis iklan: “Lamborghini Huracan, hanya satu pemilik terdahulu, dijual seperti yang dilihat.” Dia menyiarkan iklan itu sebagai usaha mendapatkan sebanyak mungkin duit untuk membayar ganti rugi kepada rakannya selepas syarikat insurans enggan membayar sebarang pampasan. Joska yang memandu pada kelajuan 336 kilometer sejam pada tahun lalu melanggar besi penghadang di tepi jalan. Selain memusnahkan kenderaan itu, dia turut disaman kerana pelbagai kesalahan termasuk memandu secara berbahaya. – Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!