Tuesday, February 10, 2015

Pelik melihat keadaan pasangan warga emas ini, yang menjadikan lapangan terbang sebagai ‘rumah’ dan berlakon sebagai pelancong



Pelik melihat keadaan pasangan warga emas ini, yang menjadikan lapangan terbang sebagai ‘rumah’ dan berlakon sebagai pelancong | Sepasang pesara warga emas kini terpaksa menjadikan Lapangan Terbang Heathrow di sini sebagai kediaman selepas kehilangan rumah mereka yang bernilai £500,000 (RM2.72 juta) sekitar Ogos 2013. Katrina Smith, 62, dan Alan Lane, 71, yang tinggal bersama sejak 28 tahun lalu pernah merancang untuk bersara di Dorset yang terletak di barat daya Britain dengan membeli rumah tiga bilik itu bagi menghabiskan sisa-sisa hidup bersama. Bagaimanapun mereka berdepan dengan pelbagai masalah teknikal selain tekanan kemelesetan ekonomi menyebabkan mereka tidak mampu membayar pinjaman perumahan berkenaan.

Kini, mereka terpaksa berlakon sebagai pasangan pelancong di lapangan terbang tersebut pada waktu siang dan tidur di atas kerusi-kerusi sejuk Heathrow pada sebelah malam kerana berada dalam kelompok individu yang tidak layak menerima bantuan perumahan daripada kerajaan. “Kami cuba mengelak daripada terlalu menonjol supaya tidak dikesan, kami menukar lokasi tempat tidur dan hanya tidur selepas pukul 2 pagi iaitu apabila semua penerbangan berakhir dan bangun sebelum pekerja di sini mulakan kerja dua jam kemudian.


“Kami tidak pasti jika kakitangan lapangan terbang ini tahu kami tinggal di sini, tetapi kami sentiasa mengekalkan penampilan yang kemas sambil mengusung beg pakaian sekitar terminal di sini,” kata Smith yang kini langsung tiada sumber pendapatan. Lane yang pernah memperoleh pendapatan £80,000 (RM435,206) setahun masih cuba mencari pekerjaan baharu dengan menjadikan sebuah kedai kopi di Heathrow sebagai ‘pejabatnya’ untuk menampung kehidupan mereka berdua di samping pencen berjumlah £821 (RM4,466) diperolehnya setiap bulan. – Agensi



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!