Tuesday, February 10, 2015

Wanita terharu dilamar kekasih di atas puncak gunung setinggi 2,740 meter



Wanita terharu dilamar kekasih di atas puncak gunung setinggi 2,740 meter | Shannon Sabourin mungkin boleh dianggap antara wanita paling bertuah di dunia apabila dilamar kekasihnya di atas Gunung Little Crawfoot pada ketinggian 2,740 meter dari paras laut. Rossel Sabourin yang kini telah bergelar suaminya berjaya merancang kejutan dalam suasana paling romantik untuk melamar kekasihnya itu. “Sambil menikmati makan malam yang dilengkapi kain linen putih dan sebotol Champagne serta berlatar belakang pergunungan di sini dan Tasik Bow yang sungguh indah, Rossel tiba-tiba melamar saya.

“Sudah pasti saya terkejut, namun bibir pantas mengucapkan ‘ya’ tanda menerima lamaran tersebut,” ujar Shannon. Lamaran itu dilakukan pada Jun 2012 sewaktu kedua-dua pasangan berkenaan melakukan pendakian selama dua jam setengah untuk sampai di puncak gunung. Kelengkapan kerusi, meja dan makanan istimewa sempena lamaran itu pula disediakan oleh kakitangan rumah penginapan yang membantu membawa barangan tersebut ke puncak gunung. Pasangan yang berasal dari Winnepeg, Kanada itu baru sahaja mendedahkan gambar mereka mengenai lamaran tersebut sebagai inspirasi kepada pasangan lain untuk menjadikannya sesuatu yang istimewa. – Agensi



.

2 Penyokong CHELSEA:

Sayidah Napisah on February 10, 2015 at 8:33 PM said...

waahh atas gunung gituu :)

Miss Za on February 11, 2015 at 8:27 PM said...

owh, bakal suamiku.. please, buat camni jugak..huhuhu~ but, no champagne..
BW here.. jemput singgah http://zasplace.blogspot.com/

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!