Monday, February 2, 2015

Wanita terkejut temui sejumlah ganja tersorok di dalam pintu van selama 15 tahun



Wanita terkejut temui sejumlah ganja tersorok di dalam pintu van selama 15 tahun | Seorang wanita di sini terkejut selepas menemui sejumlah dadah jenis ganja seberat hampir enam kilogram yang disembunyikan di dalam sebuah van miliknya selama 15 tahun. Wanita tersebut, Melodie Peil berkata, dia membeli van jenis Chevrolet itu kira-kira 15 tahun lalu daripada seorang lelaki dan tidak menyedari ada beberapa ketul dadah di dalam pintu kenderaan itu.

Katanya, pada minggu lalu, seorang rakannya membuka pintu van berkenaan untuk dibaiki tetapi terkejut selepas menemui lima bungkusan ganja mampat yang disembunyikan di dalamnya. “Saya sungguh terkejut dan terus menghubungi polis kerana rakan saya memberitahu, bungkusan berkenaan kemungkinan adalah dadah. “Beberapa anggota polis yang datang membuat pemeriksaan mengesahkan bungkusan tersebut adalah dadah jenis ganja. “Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan dadah itu sudah tidak berguna lagi kerana tersimpan terlalu lama di dalam pintu van berkenaan,” katanya. – Agensi





.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on February 2, 2015 at 11:36 AM said...

itu kalau orang tau tu, maksudnya kaki ganja tu, mesti seronok tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!