Sunday, February 22, 2015

Lelaki kantoi elak hadir mahkamah sembunyi dalam peti ais



Lelaki kantoi elak hadir mahkamah sembunyi dalam peti ais | Taktik seorang banduan mengelak hadir ke mahkamah nyata gagal apabila polis yang mencarinya menemuinya dalam peti sejuk di rumah ibunya. Polis membawa waran tangkap untuk Eduard Bulgakov, 31, selepas gagal menghadiri prosiding namun ibunya tidak mengetahui di mana dia berada. Bagaimanapun, mereka curiga selepas melihat penghantaran piza yang banyak selain pelbagai barang dapur berselerak atas meja dan bukan di dalam peti sejuk.

Jurucakap polis berkata: “Anggota polis dan pegawai mahkamah dapat melihat piza yang banyak dengan separuh daripadanya dimakan. Tidak mungkin wanita itu memakan semuanya seorang diri. “Mereka menemui Bulgakov kerana ibunya nampak gusar apabila disoal mengapa makanan berlebihan tidak disimpan di dalam peti sejuk. -AP



.

Bayi perempuan maut dipatuk ular ketika tidur bersama ibunya dirumah


Bayi perempuan maut dipatuk ular ketika tidur bersama ibunya dirumah | Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor. "Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.


"Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah," kata Zundin ketika dihubungi di sini. Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal. Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa. Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh. - Bernama




.

Pasangan suami isteri ambil keputusan menamakan seekor monyet sebagai waris tunggal harta mereka



Sepasang suami isteri hartawan India, mengambil keputusan menamakan seekor monyet sebagai waris tunggal harta bagi memastikan haiwan yang dianggap sebagai ‘anak’ itu hidup selesa selepas ketiadaan mereka nanti. Brajesh Srivastava dan isterinya, Shabista tidak memiliki zuriat dan mengambil keputusan menjadikan monyet yang diberi nama Chunmun sebagai anak angkat mereka. Srivastava merupakan pemilik sebuah syarikat penyiaran termasuklah kilang tepung dengan kesemuanya diberi nama Chunmun, manakala isterinya, Shabista merupakan seorang peguam terkenal.

Jelas lelaki itu, perkahwinannya dan isteri diaturkan keluarga dan hidup mereka sangat susah sehinggalah Chunmun muncul pada 2004. “Orang ramai mungkin fikir kami sudah gila. Tapi itulah hakikatnya. Chunmun begitu bermakna dalam hidup kami. “Saya tidak memiliki zuriat dan Chunmun adalah satu-satunya anak yang saya ada. Kami mahu pastikan hidupnya tidak terjejas sekiranya kami tiada nanti,” jelasnya. Srivastava berkata, sekiranya monyet kesayangannya itu mati, segala harta yang diwasiatkan atas namanya akan digunakan bagi melindungi semua monyet di negara ini yang sering didera oleh manusia. Bagaimanapun, jumlah harta itu tidak pula didedahkan. – AFP




.

Wanita yang merupakan isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bukan islam



Wanita yang merupakan isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bukan islam | Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang tentera bukan Islam berusia 22 tahun di sebuah bilik sewa di sebuah rumah kedai di Taman Mahsuri, di sini, awal pagi semalam. Wanita berusia 32 tahun dari daerah ini mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa digantung tak bertali suaminya sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, dia dikatakan berkenalan dengan anggota tentera terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan rakan sebelum menjalinkan hubungan sulit. Anggota tentera terbabit yang kini bertugas di kem di Kelantan datang ke negeri itu untuk menghabiskan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan wanita itu. Bagaimanapun, tindakan mereka melepaskan rindu dengan menyewa bilik di kawasan itu mengundang padah apabila dicekup berkhalwat pada jam 2.45 pagi pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!