Legenda Chelsea, Didier Drogba umum persaraan dari dunia bola sepak pada usia 40 tahun | Legenda Chelsea, Didier Drogba, mengesahkan bahawa dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 40 tahun. Bekas penyerang antarabangsa Ivory Coast itu disenaraikan bersama Phoenix Rising yang merupakan kelab pemilikan bersama Drogba bagi saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (USL) tetapi dia tidak akan beraksi. Sebelum ini, Drogba telah memberi bayangan bahawa 2018 merupakan tahun akhir buatnya di pentas profesional dan pemenang dua kali Pemain Terbaik Tahunan Afrika itu mengumumkan keputusannya semalam. “Selepas 20 tahun, saya membuat keputusan untuk menamatkan perjalanan karier. Ia cara terbaik untuk berhenti, membantu beberapa bakat muda untuk berkembang.
“Memberikan sesuatu dalam perlawanan adalah cara terbaik untuk bersara selepas banyak belajar di dalam permainan,” katanya. Sepanjang bersama Chelsea, Drogba telah memenangi empat trofi Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA dan tiga Piala Liga ketika dia bergelar penjaring utama The Blues. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment