Lelaki tikam bekas teman wanita gara-gara cinta tidak kesampaian | Gara-gara berang desakan untuk meneruskan hubungan cinta tidak diendahkan, seorang lelaki bertindak menikam bekas teman wanitanya sebelum cuba membunuh diri. Kedua-duanya kemudian dikejarkan ke hospital, dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sementara suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Menurut polis, wanita itu yang merupakan seorang pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di sebuah universiti enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan suspek kerana lelaki tersebut telah mendirikan rumahtangga dengan wanita lain.
Hubungan cinta mereka bermula ketika mangsa menghadiri kelas tuisyen yang dikendalikan suspek, namun niat pasangan itu untuk berkahwin ditentang ibu bapa lelaki berkenaan dan dia akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Suspek bagaimanapun terus mendesak wanita berkenaan untuk bersamanya, dan pada malam Ahad lalu suspek datang ke rumah mangsa untuk berbincang. Ketika berbual, suspek secara tiba-tiba menikam wanita berkenaan dengan pemutar skru dan pisau untuk beberapa kali, ibu mangsa yang mendengar jeritan anaknya kemudian melihat suspek cuba mengelar lehernya sendiri. - NDTV
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment