Gambar kad pengenalan 'Muhammad Sajjad' mula tular di media sosial | Sekeping gambar kad pengenalan Malaysia dengan nama Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman ditularkan di media sosial. Kad pengenalan yang beralamat di Setiawan dengan nombor kad pengenalan 8502XX-XX-XX itu di kongsi oleh pengguna Facebook dan Twitter hari ini. Warganet percaya kad pengenalan itu milik usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Semalam, mStar Online melaporkan Nur Sajat memberitahu nama penuhnya dalam kad pengenalan tidak mempunyai awalan Muhammad atau Nur. Sajat enggan tunduk kepada kehendak orang ramai yang mahukan bukti nama penuhnya.
"Kenapa saya kena tunjuk kad pengenalan semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang makin ramai penipu, jadi saya perlu lebih berwaspada." Rabu lalu Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia juga Dalam pertuduhan, nama Sajat ditulis sebagai Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, sekaligus menimbulkan perbalahan warganet.- UTUSAN
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment