Thursday, December 13, 2018

Lelaki jadi tajuk berita utama selepas nekad berhenti kerja untuk menunggu seorang gadis misteri di sebuah kedai buku



Lelaki jadi tajuk berita utama selepas nekad berhenti kerja untuk menunggu seorang gadis misteri di sebuah kedai buku | SEORANG lelaki warga China menjadi tajuk berita utama di negara Republik itu selepas dia sanggup menunggu seorang gadis misteri, di sebuah kedai buku di Beijing selama lebih 50 hari. Semuanya selepas dia telah jatuh cinta dengan gadis berkenaan selepas kedua-dua mereka bertentangan mata selama 10 saat. Dia begitu yakin gadis yang ditemuinya di sebuah buku kedai popular di Beijing pada September lalu, merupakan gadis idamannya. Malah, dia sanggup berhenti kerja dan menunggu di kedai buku tersebut setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam, dengan harapan dapat berjumpa dengannya sekali lagi untuk meluahkan perasaannya. Bagi mencuba nasib, lelaki yang dikenali sebagai Sun mengedarkan lakaran wajah gadis berkenaan kepada mereka yang mengunjungi kedai buku tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Sun berkata, pertemuan pertamanya dengan gadis idaman itu di kedai buku Wangfujing di Beijing, ketika itu dia keluar bersama seorang gadis yang meminatinya.Dia bagaimanapun tidak mahu menyinggung perasaan gadis yang menyukainya itu dengan mendekati gadis lain. Bagaimanapun dia merasakan ada 'hubungan istimewa' selepas bertentangan mata dengaan gadis idaman itu selama 10 saat. Selepas menghabiskan masa selama lebih 50 hari di kedai buku, dari waktu mula sehingga tamat operasi tanpa kehadiran gadis itu, dia yang terdesak cuba memfailkan tindakan undang-undang terhadap gadis misteri yang menyebabkan gangguan emosi.


Mahkamah menolak permintaannya memandangkan dia sendiri tidak mengetahui nama individu yang hendak disamannya. Namun bagi Sun, dia akan berusaha untuk memikirkan idea baharu agar dapat dipertemukan semula dengan gadis tersebut. Susulan berita mengenainya tular di media sosial di China, ramai yang mengkritik tindakan Sun sehingga melabelkannya sebagai seorang yang menakutkan dan psiko. Malah, ada yang memberi amaran kepada wanita yang tidak dikenali itu agar menjauhkan diri daripada pemuda terbabit. - odditycentral




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!