Lelaki maut kerana terpanggang didalam sauna kondominium mereka | Memanaskan badan di dalam sauna mungkin antara aktiviti yang terbaik untuk melawan kedinginan di musim sejuk. Malangnya, bagi seorang bapa di Miami, sauna menjadi tempat terakhir untuk dia bernyawa. Dennis Antiporek, berusia 68 tahun, ditemui mati oleh anak perempuannya sendiri, Laura, dalam sauna di kondominium tempat mereka tinggal.
Menceritakan pengalaman tragis itu, Laura berkata, suhu di dalam sauna itu panas melampau dan dia mengalami kesukaran bernafas ketika cuba menyelamatkan Antiporek. "Saya terpaksa membiarkan pintu sauna itu terbuka supaya boleh bernafas," katanya. Malangnya bapanya tidak dapat diselamatkan. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment