Pekerja ubat-ubatan temui cendawan gergasi seberat 7.45kg dan mempunyai khasiat yang tinggi | Seorang pekedai ubat-ubatan di China, menemukan cendawan gergasi seberat 7.45 kilogram yang dianggarkan bernilai AS$894 (RM3,185) dan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Portal berita Mail Online melaporkan, pemilik kedai berkenaan, Wei Fangning menunjukkan cendawan yang dikenali sebagai Lingzhi bagi penduduk tempatan atau nama saintifiknya, Ganoderma lucidum dengan ukuran lebar 107 sentimeter. Tambah laporan itu, cendawan tersebut ditemukan di wilayah Guangxi, barat daya China, dan tumbuhan tersebut sering digunakan dalam perubatan tempatan sejak lebih 2,000 tahun lalu.
Rakyat China juga menggelar cendawan Lingzhi sebagai ‘cendawan abadi’ kerana khasiatnya yang dipercayai boleh memanjang umur selain mempunyai banyak kegunaan untuk kesihatan termasuk mengatasi masalah tekanan darah rendah dan meningkatkan aktiviti sel darah putih. Kebiasaannya, sebungkus cendawan itu dengan berat 250 gram dijual pada harga AS$30 (RM106) dan Fangning boleh mendapat pulangan lumayan dengan menjual cendawan gergasi itu. Bagaimanapun, tiada harga tetap dalam penjualan cendawan kerana bergantung kepada kualiti, jumlah pemprosesan dan saiz tumbuhan tersebut. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment