Wednesday, December 26, 2018

Mulai tahun depan, kedai haiwan diharamkan jual anak kucing dan anak anjing


Mulai tahun depan, kedai haiwan diharamkan jual anak kucing dan anak anjing  | KEDAI haiwan peliharaan di United Kingdom akan diharamkan daripada menjual anak kucing dan anak anjing bagi menghentikan aktiviti 'menternak' haiwan tersebut. Jualan kucing atau anjing berusia kurang dari enam bulan oleh pihak ketiga adalah dilarang. Ini bermakna pembeli mesti berurusan secara langsung dengan pembiak baka atau pusat pemulihan yang dibenarkan. Langkah yang diumumkan oleh Jabatan Alam Sekitar Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) itu dibuat mengikuti undian awam.

Sebanyak 95 peratus sokongan orang ramai diperoleh terhadap larangan tersebut. Pelaksanaan itu mengikuti undang-undang baharu yang melarang penjual berlesen daripada meniagakan anak anjing dan anak kucing berusia kurang dari lapan minggu. Awal tahun ini, petisyen yang menyokong kempen Lucy's Law untuk menghentikan penjualan oleh peniaga komersil (pihak ketiga) telah ditandatangani oleh 150,000 orang dan mencetuskan perbahasan di Parlimen United Kingdom. Defra berkata, pengharaman yang akan diperkenalkan itu bakal menyukarkan pembiak baka mengeluarkan haiwan peliharan pada jumlah yang tinggi. - Metro UK




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!