Remaja lahirkan anak selepas mengadakan hubungan seks dengan adik berusia 13 tahun | Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi di tandas rumahnya di Taman Diawan, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang menjerit kesakitan telah memanggil ibunya yang sedang berada di dapur. Ibu mangsa kemudian mendapati anaknya itu berlumuran darah dan melihat seorang bayi perempuan berada di dalam mangkuk tandas sebelum membawa kedua-duanya ke hospital. Ketua Polis daerah, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa yang telah berhenti sekolah sejak berada di tingkatan dua telah melahirkan seorang bayi perempuan dalam anggaran usia tujuh bulan.
"Mangsa menyatakan pernah melakukan hubungan seks dengan adik lelakinya yang berumur 13 tahun di bilik belakang rumah pada awal bulan Mei 2018. "Mangsa tidak mengetahui bahawa dia sedang mengandung, malahan dia juga tidak mempunyai simptom alahan mengandung. Oleh itu, keadaan fizikal mangsa tidak disedari ahli keluarga yang lain," katanya di sini hari ini. Menurut Hasron, ekoran kejadian itu, mangsa telah kehilangan banyak darah dan bayi berkenaan turut berada di bawah pemerhatian doktor pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ekoran kepalanya mengalami kecederaan akibat terhentak di bahagian mangkuk tandas.
Ujarnya, kes tersebut telah dilaporkan oleh seorang doktor bertugas di HRPB pada pukul 10 malam semalam setelah menerima pesakit yang dirujuk dari Hospital Kampar kerana bersalin di bawah umur. Sehubungan itu katanya, polis telah menangkap adik lelaki mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di Kampar. “Keterangan awal mendapati tangkapan dan mangsa telah melakukan hubungan seks beberapa kali di bilik belakang rumah. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan,” tambahnya. - UTUSAN
*Sekadar gambar hiasan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment