Harga minyak turun lagi mulai tengah malam ini | Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Januari. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. -Mstar
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment