Friday, January 4, 2019

Lim Guan Eng bakal umum harga RON95 turun 20-27 sen hari ini?



Lim Guan Eng bakal umum harga RON95 turun 20-27 sen hari ini? | Dalam tempoh perayaan tahun baharu ini, persoalan yang banyak bermain dalam fikiran rakyat Malaysia adalah apa akan jadi pada penentuan harga minyak? Keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan kaedah apungan yang sepatutnya dijadualkan bermula 1 Januari lalu menambah resah pada rakyat. Semalam, akhbar Oriental Daily pula melaporkan harga RON95 mungkin akan diturunkan antara 20 sen sehingga 27 sen seliter. Akhbar berbahasa Cina itu yang memetik sumber berkata, perkara tersebut akan diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Menurut laporan itu lagi, keputusan itu dicapai setelah para menteri berbahas secara hangat dalam mesyuarat kabinet yang diadakan selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM). Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga ada mengumumkan bahawa harga minyak baharu akan diketahui selewat-lewatnya hari ini. “Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran program Tesco Ong Mali 2019 di Tesco Kepong Village Mall di sini semalam. - UTUSAN




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!