Wednesday, January 30, 2019

Niat bunuh diri dah menyimpang jadi lain..



Niat bunuh diri dah menyimpang jadi lain.. | SEORANG budak perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas ditolak dari balkoni tingkat tiga di sebuah pusat membeli-belah di selatan China, oleh seorang lelaki yang kemudian turut sama menerjun ke bawah. Polis dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku pada tengah hari Sabtu lalu di bandar Foshan, wilayah Guangdong. Ketika kejadian, kanak-kanak perempuan yang tidak dinyatakan umurnya baru keluar dari tandas di tingkat tiga pusat beli-belah itu. Mangsa kemudian disambar oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Li, berusia 36 tahun.

"Berdasarkan siasatan awal suspek memberitahu tekanan akibat masalah kewangan menyebabkan dia fikir untuk membunuh diri," menurut kenyataan itu. "Dia pergi ke pusat membeli-belah pada pukul 11 pagi (Sabtu) dan mula naik turun di tingkat tiga. Pada kira-kira pukul 12 tengah hari, dia melihat seorang budak perempuan keluar dari tandas, menyambarnya dan menolak mangsa dari tingkat tiga sehingga ke tingkat bawah, sebelum dia sendiri melompat ke bawah. Menurut kenyataan tersebut, kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan punggung, tetapi keadaannya tidak kritikal.

 Tambah kenyataan itu, Li mengalami beberapa kecederaan patah tulang. Insiden berkenaan dirakamkan menerusi kamera pengawasan di pusat membeli-belah dan dimuat naik oleh laman web berita China, Thepaper.cn pada Ahad. Rakaman menunjukkan semasa budak perempuan itu ditolak dari penghadang, suspek kemudian melompat ke atas mangsa. Laporan menyatakan Li bagaimanapun tidak mengenali mangsa. Menurut kenyataan polis, Li ditahan kerana disyaki cuba membunuh diri dan siasatan sedang dijalankan. - South China Morning Post




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!