Pasangan bijak Matematik jadi kaya-raya selepas kesan 'rahsia' menang loteri dengan mudah | PASANGAN bersara berjaya menang loteri sejumlah AS$26 juta hanya dengan menggunakan aritmetik mudah. Jerry dan Marge Selbee memiliki sebuah kedai serbaneka di Evart, Michigan sebelum mereka bersara dan menjadi kaya-raya dengan menang beberapa kali loteri tempatan dalam tempoh enam tahun selepas itu. Skim mereka bermula pada tahun 2003 ketika Jerry, lulusan ijazah sarjana muda Matematik dari sebuah kolej, melihat satu risalah tentang loteri baharu bernama Winfall dan menyedari rahsia bagaimana untuk menang. Permainan ini memaparkan ciri 'roll down', yang bermaksud jika tidak ada yang menang hadiah jackpot AS$5 juta, wang itu akan tersebar di antara pemegang tiket yang mempunyai padanan lima, empat, atau tiga nombor.
Pegawai loteri akan mengumumkannya apabila berlaku situasi seperti ini, jadi Jerry akan membeli beribu-ribu keping tiket kerana mengetahui dia akan mendapat sejumlah padanan, menurut CBS.Ringkasnya, Jerry menjelaskan jika dia membeli tiket bernilai AS$1,1000, dia sekurang-kurangnya akan mendapat satu kemenangan 'empat nombor' yang mana dia akan dibayar AS$1,000. Dia juga akan mendapat sekitar 18 atau 19 kemenangan untuk 'tiga nombor', yang dibayar sebanyak AS$50 untuk sekeping tiket dengan jumlah keseluruhan AS$1,900. Ketika dia mencuba rancangannya ini untuk kali pertama, dia membeli tiket Winfall bernilai A$3,600 dan memenangi AS$6,300. Berikutnya, dia membeli tiket bernilai AS$8,000 dan hampir menggandakan pelaburannya.
Jerry memberitahu isterinya tentang kemenangan itu dan pasangan ini mula bermain dengan nilai beratus-ratus ribu dolar.Akhirnya, Jerry menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai GS Investment Strategies dan menjemput rakan dan keluarganya untuk membeli saham dengan harga AS$500 setiap satu. Permainan Winfall kemudian ditutup di Michigan kerana 'kekurangan jualan' jadi pasangan itu mula bermain di Massachusetts di mana permainan itu masih ditawarkan. GS Investment Strategies meningkat kepada 25 orang ahli dan dalam tempoh enam tahun seterusnya, mereka memenangi sejumlah besar wang selama berminggu-minggu.Pasangan itu berkata mereka akan duduk di sebuah hotel dan membuat penyusunan tiket selama 10 jam sehari, 10 hari berturut-turut, bermain lebih dari AS$600,000 untuk setiap percubaan. Mereka melakukannya selama tujuh kali setahun.
"Ia sebenarnya hanya asas aritmetik. Ia memberi anda kepuasan untuk berjaya dalam sesuatu yang berfaedah bukan sahaja kepada kami secara peribadi tetapi kepada rakan-rakan dan keluarga kami," kata Jerry. "Satu-satunya perkara yang saya dapati ia benar-benar luar biasa adalah, seolah-olah tiada siapa betul-betul faham tentangnya." Pada tahun 2011, Boston Globe mendapat risikan bahawa seseorang mungkin menipu permainan Winfall dan kemudian mendapati pasangan ini serta sekumpulan ahli matematik dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah memonopoli kemenangan. MIT yang membuat pertaruhan lebih dari AS$17 juta, memperoleh lebih dari AS$3.5 juta keuntungan, sebelum bendahari Massachusetts menutup permainan dan memulakan siasatan.
Mereka bagaimanapun mendapati bahawa peluang-peluang kemenangan tidak terjejas dengan pertaruhan volum tinggi, oleh itu pasangan itu dianggap tidak melakukan jenayah. Sepanjang bermain, syarikat itu memperoleh sejumlah AS$26 juta, termasuk keuntungan AS$8 juta. Pasangan itu berkata, wang itu digunakan untuk mengubah suai rumah dan membayar yuran pendidikan enam anak, 14 cucu dan 10 cicit. Mereka baru-baru ini menjual cerita luar biasa mereka kepada pengeluar filem yang merancang untuk menghasilkan sebuah filem mengenai kehidupan mereka. -MetroUK
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment