Wednesday, January 30, 2019

Remaja bunuh diri selepas sedih dengan sikap ibunya yang suka pilih kasih



Remaja bunuh diri selepas sedih dengan sikap ibunya yang suka pilih kasih | SEORANG remaja berusia 13 tahun bertindak membunuh diri gara-gara tidak puas hati dengan layanan keluarganya. Sebelum menggantung dirinya, Amber Peat dikatakan berang apabila disuruh mencuci kotak penyejuk yang digunakan sewaktu mereka sekeluarga bercuti. Malah, Peat dikatakan sedih dengan layanan pilih kasih ibunya yang sentiasa menyebelahi kakaknya. Bekas guru Peat, John Davies turut tampil memberi kenyataan mengenai gadis itu. Ujarnya, Amber tidak pernah kelihatan gembira dan sering mengadu mengenai layanan ibunya.

"Dia rasa seperti ada yang ambil kesempatan ke atas dirinya sewaktu di rumah. "Amber pernah cakap yang dia kena buat banyak kerja berbanding adik-beradiknya yang lain. "Dia memang dramatik sikit, tapi dia memang tidak dilayan dengan adil," ujarnya. Menurut Davies lagi, Peat juga pernah memberitahu yang ibunya lebih menyanyangi kakaknya. Dalam satu keterangan untuk siasatan kes berkenaan, keluarganya mengakui Peat adalah seorang remaja yang bermasalah. - Daily Star





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!