Wanita ini dianggap pelik kerana idam anak kulit hitam selepas suntik melanin untuk tukar 'bangsa' | MARTINA Big dan suaminya Michael menyertai Holly Willoughby dan John Barrowman dalam rancangan TV 'This Morning' untuk bercakap tentang bagaimana dia telah mengubah 'bangsa' dan mungkin akan melahirkan bayi kulit hitam. Model Jerman itu, yang mula mengambil suntikan melanin dua tahun lalu untuk mengubah dirinya daripada seorang wanita kulit putih kepada seorang wanita kulit hitam mendedahkan banyak perubahan fizikal yang telah berlaku terhadap dirinya. Dia memberitahu penonton: "Kulit saya semakin gelap dan rambut nampak berubah menjadi semakin gelap dan kerinting."
Selain mengaku dirinya kini adalah wanita berkulit hitam, Martina mendedahkan bagaimana doktor berkata dia dan suaminya mungkin dapat melahirkan anak berkulit hitam walaupun pada asalnya masing-masing berkulit putih."Ya, mereka kata anak-anak saya mungkin berkulit hitam," kata Martina. "Kami tak ada rancangan, tetapi saya berbincang dengan doktor untuk mengetahui sama ada badan saya dalam keadaan baik, adakah saya dapat menyusu, bagaimana rupa bayi saya nanti." "Saya cuba berfikir secara genetik bagaimana ia akan menjadi sesuatu yang mungkin," Holly mencelah.
"Jika kamu melahirkan anak berkulit putih, adakah anda akan fikir ia tidak berkaitan dengan kamu?." "Tidak," jawab Martina. "Ia adalah campuran Michael dan saya. Saya pasti ia akan berkulit hitam, atau coklat susu atau cerah sikit, tak mengapa," katanya.Penonton benar-benar terkejut dengan kenyataannya yang membayangkan dia akan mendapat anak berkulit hitam dan mengecam komennya tentang warna kulit coklat susu untuk anaknya yang belum lahir. Antara komen di Twitter: "OMG, kulit bayi akan jadi warna hitam atau coklat susu?! Langsung tiada rasa hormat? Benar-benar mental." -MetroUK
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment