Wanita tikam suami 35 kali hingga mati selepas lelaki itu komen masakannya tidak cukup garam | SEORANG wanita menikam suaminya sekurang-kurangnya 35 kali sehingga maut kerana mengkritik masakannya. Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dimasak isterinya tidak cukup masin sewaktu ada tetamu lain datang ke rumah mereka di wilayah Penza. Isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga lelaki itu tidur dan menikamnya sehingga mati di hadapan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun. Dia kemudian mengaku melakukan pembunuhan menggunakan pisau dan kini menjadi tahanan rumah. Pasangan itu bertengkar selepas nelayan tersebut mengadu hidangan yang dimasaknya rasa 'hambar'. Mangsa mendakwa hidangan yang disediakan rasa sebegitu membawa makna bahawa wanita tersebut tidak mencintainya.
Pertengkaran antara mereka berterusan selepas pasangan tetamu masuk tidur dan mangsa mula memukul isterinya. Setelah menikam Slava yang sedang tidur beberapa kali, Evgenia mengejutkan tetamu lelaki di rumahnya dan meminta agar dia menghubungi ambulans.Paramedik mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. Polis berkata: "Tertuduh memberitahu insiden itu bukan kali pertama mereka berdua bertengkar." Penduduk tempatan mengkritik keputusan yang membenarkan suspek kekal menetap di kediamannya sebagai tahanan rumah untuk menjaga anaknya. Mangsa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak perempuan berusia 19 tahun hasil perkahwinan terdahulu. Laporan tidak menyatakan secara spesifik tentang menu yang dimasak oleh wanita itu. - Daily Mail
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment