Showing posts with label Kes pembunuhan. Show all posts
Showing posts with label Kes pembunuhan. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

Ibu sanggup cekik, bunuh dan bakar anak untuk kembali kepada teman lelaki 'kaki auta'



Ibu sanggup cekik, bunuh dan bakar anak untuk kembali kepada teman lelaki 'kaki auta' | SEORANG ibu ditahan kerana membunuh dan membakar bayinya berusia 14 bulan untuk kembali semula kepada teman lelaki yang kaki auta. Insiden dipercayai berlaku di daerah Manazo di selatan Peru. Bapa kepada bayi tersebut, Marco Antonio Ticona Chiccalla, 24, mendakwa kekasihnya itu telah membunuh anak perempuan mereka. Menurut laporan media tempatan, polis menyoal siasat Lucero Oscava Burgos mengenai kematian bayinya. Ibu berusia 21 tahun itu mendakwa anaknya terjatuh dari katil dan meninggal dunia. Susulan itu dia telah menanam mayat anaknya itu di tepi Sungai Hatun Mayu. Pendakwa Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis mengepung kawasan tersebut dan menjalankan operasi pencarian mayat bayi tersebut.

Namun mereka gagal menjumpai mayat bayi perempuan itu. Ketika dipanggil semula untuk soal siasat, Lucero mengakui mencekik bayinya dengan selimut sebelum membakar mayat dan membuangnya di dalam tempat menyimpan biji-bijian. Wanita itu dilaporkan berbuat demikian kerana Ticona Chiccalla mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya. Pihak berkuasa menjumpai mayat bayi itu di dalam tempat menyimpian biji-bijian dalam keadaan separuh terbakar. Mayat bayi itu dihantar untuk bedah siasat manakala ibunya direman sementara siasatan sedang dilakukan. - Mirror.co.uk





.

Wednesday, January 16, 2019

Wanita tikam suami 35 kali hingga mati selepas lelaki itu komen masakannya tidak cukup garam



Wanita tikam suami 35 kali hingga mati selepas lelaki itu komen masakannya tidak cukup garam | SEORANG wanita menikam suaminya sekurang-kurangnya 35 kali sehingga maut kerana mengkritik masakannya. Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu hidangan yang dimasak isterinya tidak cukup masin sewaktu ada tetamu lain datang ke rumah mereka di wilayah Penza. Isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga lelaki itu tidur dan menikamnya sehingga mati di hadapan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun. Dia kemudian mengaku melakukan pembunuhan menggunakan pisau dan kini menjadi tahanan rumah. Pasangan itu bertengkar selepas nelayan tersebut mengadu hidangan yang dimasaknya rasa 'hambar'. Mangsa mendakwa hidangan yang disediakan rasa sebegitu membawa makna bahawa wanita tersebut tidak mencintainya.


Pertengkaran antara mereka berterusan selepas pasangan tetamu masuk tidur dan mangsa mula memukul isterinya. Setelah menikam Slava yang sedang tidur beberapa kali, Evgenia mengejutkan tetamu lelaki di rumahnya dan meminta agar dia menghubungi ambulans.Paramedik mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. Polis berkata: "Tertuduh memberitahu insiden itu bukan kali pertama mereka berdua bertengkar." Penduduk tempatan mengkritik keputusan yang membenarkan suspek kekal menetap di kediamannya sebagai tahanan rumah untuk menjaga anaknya. Mangsa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak perempuan berusia 19 tahun hasil perkahwinan terdahulu. Laporan tidak menyatakan secara spesifik tentang menu yang dimasak oleh wanita itu. - Daily Mail




.

Tuesday, January 15, 2019

Gelagat mencurikan lelaki ini membawa kepada penemuan mayat anak yang ditanam dibelakang rumah



Gelagat mencurikan lelaki ini membawa kepada penemuan mayat anak yang ditanam dibelakang rumah |  SEORANG lelaki didakwa menanam mayat anak perempuannya berusia setahun di belakang rumah salah seorang pelanggannya dengan memberitahu ia adalah bangkai kucing peliharaannya. Thurman Dunn berkata juru landskapnya, David Zuber, 26, bertanya sama ada dia boleh menanam bangkai kucing peliharaannya di belakang rumahnya bulan lalu. Dunn sedang bercuti semasa insiden itu dan berkata ia bukan sesuatu yang pelik untuk bertanya mengenai perkara itu kerana mereka sering menjadikan bahagian belakang rumah mereka sebagai 'kubur haiwan'. "Pada dasarnya, di sinilah kami menanam bangkai anjing yang telah mati," kata Dunn. Bagaimanapun Dunn berkata dia mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila Zuber berkelakuan agak mencurigakan.

"Dia menarik rumput, memanjat halaman dan menjaga semak dan segalanya tetapi dia berkelakuan agak pelik baru-baru ini. Kami menyedarinya sebelum cuti Krismas," kata Dunn. Kemudian awal bulan ini, penyiasat mengetuk pintu rumah Dunn."Pasukan penyiasat menggali tapak.... semua ada di sini," katanya. Pasukan menggali menemui mayat anak perempuan Zuber, Anastazia Romero, setahun, yang ditanam bapanya di belakang rumah Dunn. "Mayat Anastazia ditanam dibawah bangkai seekor anjing yang sudah reput. Mayatnya diletakkan di dalam dua lapisan plastik putih yang disimpan di dalam beg berwarna hitam," kata Dunn. Dunn berkata dia amat terkejut dan tidak menjangka Zuber tergamak berbuat demikian.

 "Sejujurnya, ia amat mengejutkan. Setiap kali saya melihat ini, saya tertanya-tanya mengapa," kata Dunn. Polis mula mencari Anastazia apabila salah seorang ahli keluarga Zuber mendedahkan bayi itu lemas. Menurut polis, ibu bayi malang itu, Monique Romero meninggalkan anaknya di dalam tab mandi berseorangan dan apabila kembali dia mendapati Anastazia sudah tidak memberi sebarang tindak balas. Dia tidak membawa kanak-kanak itu ke hospital dengan segera, sebaliknya dia meminta Zuber untuk menanam mayat anak mereka. Zuber dan kekasihnya, Romero ditahan awal bulan ini dan didakwa melakukan penderaan kanak-kanak sehingga membawa kepada kematian. - Metro.co.uk




.

Monday, January 14, 2019

Kanak-kanak maut dibelasah selepas tidak sengaja tumpahkan jus oren atas Xbox



Kanak-kanak maut dibelasah selepas tidak sengaja tumpahkan jus oren atas Xbox | SEORANG lelaki membelesah kanak-kanak berusia empat tahun sehingga mati gara-gara dia menumpahkan jus oren di atas permainan Xbox miliknya. Menurut pihak polis, mangsa merupakan adik kepada kekasih lelaki itu. Jonathan Fair kini didakwa atas kesalahan membunuh setelah kanak-kanak perempuan itu meninggal dalam kejadian di Waukegan, Illinois, baru-baru ini. Menurut laporan perubatan, selain dipukul pada hari kejadian, mayat mangsa turut menunjukkan kesan penderaan.Hasil soal siasat polis, lelaki itu mengaku dia menggoncang dan memukul kanak-kanak tersebut. Didakwa atas kesalahan pembunuhan kelas satu, dia kini ditempatkan di Penjara Lake City.

Dalam pada itu, keluarga mangsa pada mulanya langsung tidak menyedari bahawa ia merupakan satu pembunuhan. Malah, ibu saudara mangsa menyifatkan lelaki tersebut seperti raksasa kerana sanggup membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. "Kesayangan kami mati gara-gara manusia tak berhati perut. "Apabila tahu dia dibunuh, bertambah kesakitan dan kesedihan kami," katanya. - Mirror.UK.




.

Thursday, January 10, 2019

Misteri kehilangan tiga beranak terlerai selepas penemuan tiga beg mengandungi bahagian tubuh semua mangsa



Misteri kehilangan tiga beranak terlerai selepas penemuan tiga beg mengandungi bahagian tubuh semua mangsa  | Penyiasatan kes pembunuhan kejam sepasang suami isteri rakyat Bolivia dan anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun bermula susulan penemuan bahagian tubuh kesemua mangsa dalam sebuah beg pakaian di pinggir bandar ini. Menurut pihak berkuasa, anggota badan Jesus Reynaldo Condori, 39, isterinya Irma Morante Sanizo, 38 dan anak lelaki mereka, Abner Morante Condori ditemui pada Selasa lalu. Polis dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web berita G1 memaklumkan, anggota tubuh mangsa diletakkan dalam plastik sebelum dimasukkan dalam tiga beg pakaian. Semua bagasi berkenaan telah ditemui di bilik air rumah keluarga itu yang terletak di Itaquaquecetuba.

Pihak berkuasa sebelum itu ke tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan, susulan kehilangan keluarga berkenaan pada 23 Disember lalu. Suspek utama kejadian adalah abang ipar salah seorang mangsa yang diupah bekerja dengan kedai pakaian milik keluarga terbabit. “Pemilik rumah tempat mayat kesemua mangsa ditemui berkata, beliau menyewakan kediaman itu kepada seorang lelaki yang masih belum dapat dikesan sehingga kini. “Dia ialah suami kepada kakak salah seorang mangsa,” kata setiausaha keselamatan negeri Sao Paulo. Setakat ini, motif pembunuhan kejam itu masih belum diketahui. - AFP



.

Wednesday, December 26, 2018

Pakar bedah bunuh bekas isteri, tujuh bulan kemaskini Facebook mangsa kononnya masih hidup



Pakar bedah bunuh bekas isteri, tujuh bulan kemaskini Facebook mangsa kononnya masih hidup | SEORANG pakar bedah membunuh bekas isterinya dengan menolaknya dari tebing dan selama tujuh bulan berikutnya dia mengemas kini media sosial mangsa bagi merahsiakan pembunuhan itu, kata polis. Dr Dharmendra Pratap Singh kini ditahan berhubung kematian Rakhi Srivastava selepas didakwa memberikan dadah kepada mangsa. Bekas isterinya hilang pada Jun lalu, tidak lama selepas berkahwin semula selepas bercerai dengan Dr Dharmendra. Suami baharunya merupakan suspek awal tetapi polis di Gorakhpur, India, menahan Dr Dharmendra dan dua rakan kongsi yang disyaki, pada Jumaat lalu.

Polis memberitahu Dr Dharmendra kerap menukar Facebook Srivastava menggunakan telefonnya sejak beberapa bulan lepas bagi menipu mereka. Bagaimanapun, telefon mangsa ditemui pada Oktober lalu. "Ia membuatkan Dr Dharmendra sebagai suspek utama," menurut sumber polis. "Bagaimanapun, selepas membunuh Rakhi, mereka terus mengemaskini akaun media sosial miliknya menggunakan telefon mudah alih mangsa," katanya. Siasatan berhubung kes diteruskan. - Mirror Online




.

Friday, December 14, 2018

Pembunuh bersiri mengaku masih ingat setiap kejadian libatkan 90 mangsa



Pembunuh bersiri mengaku masih ingat setiap kejadian libatkan 90 mangsa  | Pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah Amerika Syarikat yang kini berusia 78 tahun disahkan telah membunuh lebih 40 individu. Pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan, Samuel Little mengaku melakukan sehingga 90 pembunuhan antara 1970 hingga 2007 dengan menyasarkan penagih dadah dan pelacur. Pendakwa raya di Daerah Ector, Texas, Bobby Bland di mana Little ditahan mendedahkan, sekurang-kurangnya enam pengakuan telah disahkan sejak dua minggu lalu, menjadikan jumpa pembunuhan lebih 40 setakat ini.

"Dia bercakap mengenai pelbagai perkara dan kes yang berlaku sehingga 50 tahun lalu. Dia juga berikan maklumat mengenai setiap kejadian pembunuhan itu dan setakat ini setiap kenyataan yang diberikan adalah benar," demikian kata Bland kepada AFP. Little juga mengaku bersalah membunuh Denise Christie Brothers di Odessa pada 1994, kes yang membongkar pembabitannya dalam kes lain, sekali gus membawa kepada penahanannya. Laporan terdahulu menyebut, Little mengingati setiap mangsanya dan boleh memperincikan setiap kejadian pembunuhan itu. Jika semua 90 pengakuan Little disahkan, penjenayah itu akan menjadi pembunuh bersiri itu akan dijatuhi hukuman berat.

Sebelum itu, Bland pernah bersetuju untuk menarik hukuman mati terhadap Little, bagaimanapun ia sekarad konsesi untuk mendapatkan kepercayaannya. Little akan dipindahkan ke California di mana dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas tiga kes bunuh. Bekas petinju yang juga dikenali sebagai Samuel McDowell pertama kali ditahan di rumah kebajikan di Kentucky pada 2012 dan diekstradisi ke California untuk berdepan pertubuhan kes dadah dua tahun kemudian. Ketika itu, bukti DNA telah mengaitkannya dengan tiga kes bunuh yang berlaku antara 1987 hingga 1989 di mana mangsa dipukul dan dicekik.-Bangkok Post





.

Thursday, December 6, 2018

Lelaki bunuh bapa, makan mayatnya dan kemudian berkelakuan seolah tidak ada apa berlaku



Lelaki bunuh bapa, makan mayatnya dan kemudian berkelakuan seolah tidak ada apa berlaku | Seorang lelaki di sini membunuh bapanya sebelum mencungkil mata mangsa dengan pemutar skru dan memasaknya untuk dimakan dan kemudian berkelakuan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Trust Moyo, 27, menggunakan wayar untuk menjerut bapanya, tukang gunting tempatan yang berusia 61 tahun. Dia turut menggunakan ragum untuk mengetatkan jerutan berkenaan. Penduduk kampung berkata, mangsa mati dalam keadaan mengerikan. Jurucakap polis Bulawayo, Mandlenskosi Moyo mengesahkan pembunuhan itu, tetapi enggan memberi butiran lanjut.

“Saya mengesahkan seorang lelaki membunuh bapanya, tetapi saya tidak boleh memberitahunya secara terperinci,” kata Mandlenskosi. Beberapa penduduk yang ditemui berkata, mereka terkejut dan tidak percaya dengan cara lelaki itu membunuh bapanya. Ada yang berkata, dia dirasuk ketika itu. Jiran mendakwa sebelum kejadian, mangsa, Mbolandi Moyo, dan Trust bergaduh mengenai lembu yang diternak mereka. “Trust mendesak bapanya membenarkan dia berkongsi lembu itu dengan ibu tirinya supaya dia boleh menjualnya dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli arak,” kata jiran mangsa, Khulekani Nkomo.

Menurutnya, dia mendengar mangsa menjerit ketakutan. “Dia meminta tolong dengan mendakwa anaknya hendak membunuhnya. Kami tidak mengendahkan kerana mereka bergaduh hampir setiap hari dan kami tidak mahu mencampuri urusan keluarga itu,” katanya. Seorang lagi jiran berkata, Trust sering bergaduh dengan bapanya mengenai makanan, arak, rokok dan isu remeh lain. Pagi semalam, dia dikatakan seperti biasa, menyediakan sarapan untuk dirinya . Dia kemudian pergi ke balai polis dan memberitahu bapanya tenat dan meminta bantuan mereka. Bagaimanapun, polis yang tiba di rumahnya terkejut melihat mayat bapanya berlumuran darah dengan beberapa anggota tubuhnya dicincang. -AP




.

Monday, December 3, 2018

Budak perempuan sempat telefon polis ketika ditembak di kepala yang menembusi mata



Budak perempuan sempat telefon polis ketika ditembak di kepala yang menembusi mata | Seorang kanak-kanak perempuan yang ditembak di kepala menembusi mata, sempat menelefon, membuka pintu dan bercakap dengan polis. Dalam kejadian Sabtu lepas, Jonathon Walker, 34, dilaporkan menembak dua anak perempuannya, teman wanita dan ibu teman wanita sebelum dijumpai mati membunuh diri.

 Mangsa yang maut dikenali sebagai Kayla Walker, 7, ibu teman wanita, Viola Warren, 62, dan teman wanita, Shantai Hale, 31 Menurul Yahoo News, kanak-kanak tersebut yang berumur 12 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Polis masih menyiasat pembunuhan ngeri tersebut. -AP




.

Wednesday, November 21, 2018

Budak enam tahun guna tali pinggang keledar jerut adik lelakinya yang menangis sehingga mati


Budak enam tahun guna tali pinggang keledar jerut adik lelakinya yang menangis sehingga mati  | BAPA kepada seorang budak perempuan berusia enam tahun yang menggunakan tali pinggang keledar untuk menjerut adik lelakinya yang menangis sehingga mati berdepan pertuduhan pengabaian kanak-kanak. Adrian Middleton didakwa meninggalkan dua orang anaknya di dalam kereta apabila dia pergi membeli-belah. Ketika ketiadaannya, polis di Houston, Texas, berkata anak perempuannya telah membunuh adiknya sendiri dengan tali pinggang keledar. Kini, Middleton, 26, berdepan tuduhan meninggalkan anak. Houston Chronicle melaporkan kematian itu berlaku ketika dia sedang membeli-belah. Penyiasat memberitahu akhbar itu bahawa Middleton berkata dia telah meninggalkan dua anak kecilnya di kerusi belakang pada 20 Mei dan dia masuk ke dalam kedai di Jacinto City selama hampir dua jam. Dia kembali ke kereta dan melihat anak lelakinya tidak sedarkan diri dengan tali pinggang keledar dililit di sekeliling lehernya. Dia menghubungi talian kecemasan tetapi pada masa itu kanak-kanak lelaki itu telah meninggal dunia.

Anak perempuan Middleton kemudian disoal siasat oleh Pusat Penilaian Kanak-Kanak Harris County. Menurut akhbar itu, budak perempuan tersebut memberitahu bahawa dia sedang bermain dengan adik kecilnya di kerusi belakang. Suasana gembira tidak bertahan lama apabila dia marah dengan adiknya yang enggan berhenti menangis. Rekod mahkamah menyatakan dia mengaku melilit tali pinggang keledar di leher adiknya. Anak lelakinya, Adrian Middleton akhirnya senyap, dan kakaknya berfikir adiknya itu sedang tidur, kata pegawai. Kini, selepas enam bulan dan selepas siasatan utama dijalankan, pihak polis memutuskan untuk mendakwa Middleton dengan pengabaian kanak-kanak. Dia menyerah diri ke Jabatan Polis Baytown pada petang Isnin, menurut rekod penjara. Akhbar tersebut berkata satu aduan jenayah difailkan di Harris County, pada Jumaat.

Middleton memberitahu polis Houston bahawa dia meninggalkan kereta dengan penghawa dingin dan filem terpasang dan menyediakan air dan snek untuk anak-anaknya sebelum membeli-belah di Family Thrift Store pada 20 Mei. Dia memberitahu penyiasat bahawa dia kerap keluar dari kedai tersebut untuk memeriksa anak-anaknya. Pada mulanya, Middleton memberitahu pihak berkuasa bahawa anak-anaknya memakai tali pinggang keledar di tempat duduk khas, tetapi kemudian mengaku mereka tidak menggunakan kerusi tersebut, menurut akhbar. Pegawai polis juga telah memeriksa rakaman pengawasan dari kedai tersebut. Rakaman menunjukkan Middleton berjalan masuk pada jam 10.35 pagi dan keluar pada jam 12.15 tengah hari.

Apabila dia ingin membungkus barang, dia melihat anak perempuannya menangis di kerusi belakang. Dokumen mahkamah mendakwa dia mengaku telah 'melakukan sesuatu yang teruk'. Middleton yang melihat anak lelakinya tidak bernyawa terus menelefon 911 dan cuba memberi bantuan CPR kepada anaknya. Anak lelakinya digegaskan ke Hospital Kanak-Kanak Texas di mana dia telah disahkan meninggal dunia. Kematiannya itu disahkan sebagai pembunuhan dengan cara mencekik, kata dokumen itu. Kakaknya kini dalam jagaan neneknya, pihak polis Houston memberitahu akhbar itu. -Mirror




.

Penemuan gigi dalam pengisar membawa kepada rahsia wanita tergamak bunuh kekasih dan masak dalam nasi beriani



Penemuan gigi dalam pengisar membawa kepada rahsia wanita tergamak bunuh kekasih dan masak dalam nasi beriani | SEORANG wanita dituduh membunuh teman lelakinya dan kemudian memasak dagingnya sebagai sebahagian daripada hidangan nasi tradisional, menurut laporan. Wanita dari Morocco itu, yang masih belum dinamakan, didakwa memotong mayat teman lelakinya sebelum menghidangkan 'machboos', hidangan tradisional yang seakan beriani kepada pekerja berhampiran. Laporan tempatan yang memetik abang kepada lelaki tersebut berkata pihak polis telah menemui gigi manusia di dalam pengisar wanita itu. Wanita tersebut ditahan selepas keputusan DNA menunjukkan ia merupakan gigi teman lelakinya, The National AE melaporkan. Dia dilaporkan ditahan kerana disyaki membunuh teman lelakinya, yang telah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun. Tetapi beberapa laporan mendakwa kejadian itu berlaku selepas kekasihnya itu memberitahu bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.

Kematian itu terbongkar selepas abang mangsa melaporkan kehilangannya kepada pihak polis di Al Ain, Emiriah Arab Bersatu. Apabila abang mangsa pergi ke rumah pasangan itu, wanita tersebut menafikan bahawa dia mengetahui di mana teman lelakinya berada, menurut laporan. Laporan tentang kehilangan lelaki tersebut dikeluarkan pada 13 November. Wanita itu pada mulanya menafikan jenayah tersebut tetapi kemudian mengaku melakukan pembunuhan, menyatakan ia adalah satu situasi yang 'gila', menurut laporan. Dia didakwa memberitahu pihak polis bahawa dia mahu membalas dendam selepas teman lelakinya mengakhiri hubungan mereka. Wanita itu dikatakan telah memotong mayatnya dan menggunakan pengisar untuk mencincang dagingnya. Dia ditetapkan untuk hadir ke mahkamah. -Mirror




*Sekadar gambar hiasan




.

Tuesday, October 2, 2018

Lelaki yang juga pakar bedah didakwa membunuh dan letak dadah pada kemaluan wanita sebelum lakukan seks



Lelaki yang juga pakar bedah didakwa membunuh dan letak dadah pada kemaluan wanita sebelum lakukan seks  | SEORANG pakar bedah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa membunuh seorang wanita dengan meletakkan dadah di sebalik kulit kemaluannya sebelum mangsa melakukan seks oral padanya. Dr Andreas David Niederbichler, 42, dibicarfakan di Magdeburg di Saxony-Anhalt, Jerman. Dia didakwa membunuh seorang pendandan rambut berusia 38 tahun, yang hanya dikenali sebagai Yvonne M. Mangsa mengalami sesak nafas selepas melakukan seks oral ke atas suspek sebelum rebah. Bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana dos dadah jenis kokain yang berlebihan. Niederbichler turut berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan badan mangsa sehingga mengakibatkan kematian.


Dia juga didakwa menggunakan taktik memasukkan dadah pada kemaluannya sebelum melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita lain. -AP



#kesbunuh #kemaluanwanita #seksrogol




.

Saturday, August 18, 2018

Penduduk mengamuk selepas mayat seorang budak perempuan ditemui dalam tandas kereta api



Penduduk mengamuk selepas mayat seorang budak perempuan ditemui dalam tandas kereta api | Tiga anggota polis cedera dibaling batu apabila penduduk kampung berang selepas mayat seorang budak perempuan ditemui di dalam tandas Stesen Kereta Api Barapalasi di daerah Dumka, kata sumber polis. Penduduk kampung turut membelasah seorang lelaki yang dilaporkan tinggal di stesen berkenaan, dalam kejadian petang Rabu itu. Lelaki yang mempunyai masalah mental itu dituduh membunuh mangsa yang berusia dalam lingkungan enam tahun. Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu, satu pasukan polis dari balai polis Jama bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan lelaki tersebut, yang cedera parah selepas dipukul dengan teruk.


"Penduduk kampung yang tidak berpuas hati, mula membaling batu ke arah polis menyebabkan tiga anggota cedera," kata Superintendan Polis Kaushal Kishore. Katanya semua anggota polis yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Sadar, di mana mereka diberikan rawatan perubatan, manakala tertuduh dirujuk ke hospital di Dhanbad. Sementara mayat budak perempuan itu telah dihantar untuk bedah siasat. "Pasukan polis yang mencukupi telah ditempatkan di kawasan itu untuk memantau keadaan dan mengelak rusuhan," kata Kishore. - NDTV



#kematian



.

Tuesday, August 14, 2018

Ibu pukul anak perempuan hingga mati kerana benci padanya



Ibu pukul anak perempuan hingga mati kerana benci padanya | SEORANG ibu tergamak memukul anaknya sehingga mati dengan tukul ketika mangsa sedang tidur. Tatiana Degirmendzhy, 49, mengaku membunuh anak perempuannya, Yulia, 18, di rumah mereka dekat Chaykovsky, Rusia kerana mereka sudah tidak sehaluan. Suspek dilaporkan memukul kepala anak perempuan itu beberapa kali sebelum disahkan meninggal akibat pendarahan yang teruk. Tatiana kemudian melarikan diri dari rumahnya menuju ke stesen kereta api menuju ke pusat bandar. Yulia kemudiannya ditemui beberapa jam kemudian oleh abangnya Sertan, 22, apabila pulang ke rumah mereka. Dia menemui Yulia dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam dengan biliknya dipenuhi darah. Penukul yang digunakan untuk membunuh mangsa turut ditemui di atas lantai. Sertan kemudian segera menghubungi pasukan perubatan.


Pasukan paramedik kemudian mengesahkan Yulia meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah. Polis di lokasi kejadian mendapati pasport ibu mangsa dibawa bersama semasa melarikan diri. Tatiana akhirnya ditemui dalam tempoh 24 jam ketika cuba menaiki sebuah kereta api ke Izhevsy yang terletak kira-kira 36 batu dari Chaykovsky. Menurut polis, Tatiana mengakui membunuh anaknya dengan berkata:”Jika saya ada tujuh anak perempuan sepertinya, saya akan bunuh mereka juga.” Jurucakap polis berkata, mangsa dan ibunya sering bertengkar sejak tiga bulan lalu. “Suspek berkata dia melakukan pembunuhan itu kerana perasaan benci kepada anaknya.” -AP



#kesbunuh #pembunuhan




.

Thursday, August 9, 2018

Wanita kejam sumbat bayi baru lahirnya dalam beg plastik hingga mati


Wanita kejam sumbat bayi baru lahirnya dalam beg plastik hingga mati | SEORANG pekerja gim melahirkan bayinya di dalam kereta sebelum menyumbatnya ke dalam beg plastik dan dibiarkan sehingga mati. Brennan Geller, 21, didakwa membunuh bayi tersebut. Suspek dari Lexington, SC, dipercayai melahirkan anaknya bersendirian pada Jumaat. Perbuatannya itu terbongkar pada keesokan harinya selepas dia memandu ke sebuah hospital akibat kehilangan banyak darah, lapor Fox 2. Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kematian bayi yang tidak didedahkan jantinanya itu."Kami menyedari kes tragik itu selepas Geller menerima rawatan di hospital pagi Sabtu akibat kehilangan darah. "Pasukan perubatan yang merawat Geller memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa bayinya masih berada di dalam kereta," katanya.


Pasukan penyiasat menjumpai mayat bayi tersebut di dalam kereta beberapa jam kemudian dan menahan Geller pada pagi Isnin. Dia dibawa ke Pusat Tahanan Lexington County untuk soal siasat. Selepas penahanan Geller, salah seorang individu yang mendakwa sebagai rakan wanita itu menulis:"Dan memikirkan saya kawan kepada dia... saya tidak tahu pun dia mengandung." -AP



#kesbunuh #bunuhbayibarulahir




.

Friday, July 6, 2018

Wanita tembak mati anak kerana elak dihantar ke rumah penjagaan



Wanita tembak mati anak kerana elak dihantar ke rumah penjagaan | Seorang ibu berusia 92 tahun menembak mati anak lelakinya bagi mengelak daripada dihantar ke rumah penjagaan. Anna Mae Blessing, dituduh membunuh anak lelakinya berusia 72 tahun apabila mengetahui hasrat mangsa menghantarnya ke rumah penjagaan orang-orang tua. "Awak mahu ambil nyawa saya, jadi saya ambil dahulu nyawa awak," kata warga emas terbabit sambil menambah dia turut berniat membunuh diri. Ketika kejadian 2 Julai lalu di bandar Fountain Hills, daerah Maricopa, suspek menyembunyikan dua pistol di dalam poket jubah sebelum memasuki bilik anaknya. Menurut laporan, mangsa memberi alasan semakin sukar untuk tinggal bersama suspek dan mahu menghantarnya ke pusat penjagaan, ia menaikkan kemarahan suspek yang kemudian menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol.


Tembakan suspek mengenai bahagian rahang serta leher mangsa. Setelah itu, Blessing berpaling kepada teman wanita anak lelakinya dan cuba menembak wanita berusia 57 tahun itu dengan menggunakan pistol kedua setelah pistol pertama berjaya ditepis wanita terbabit. Teman wanita mangsa sempat menyelamatkan diri dan melaporkan insiden kepada pihak berkuasa. Pihak polis yang menyerbu kediaman suspek menemui Blessing duduk di sebuah kerusi malas di dalam biliknya sambil berkata dia patut mati atas tindakannya itu.- BBC



#kespembunuhan #rumahpenjagaan



.

Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel



Seorang jurutera yang mengalami kemurungan ditemui mati gantung diri dalam bilik hotel | Seorang wanita yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati selepas menggantungkan dirinya di dalam bilik air di sebuah hotel di Jalan Datuk Lau Phak Kuan di sini hari ini. Mangsa berusia 27 tahun merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat komputer ditemui di dalam bilik air di sebuah bilik tingkat enam hotel yang disewanya oleh pihak polis pada pukul 9.05 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Jelasnya, hasil soal siasat terhadap kakak mangsa, wanita itu mempunyai penyakit bipolar atau kemurungan dan sedang menjalani rawatan di Singapura.


“Mangsa juga pernah meluahkan hasrat untuk membunuh diri dan telah mengelar tangannya sebanyak tiga kali sebelum ini. “Kali terakhir kakak mangsa bertemu dengan wanita itu pada awal bulan Ramadan yang lalu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurut Mohd. Ali, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat sini untuk dibedah siasat pada pukul 9.30 pagi tadi. Ujarnya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tekanan pada bahagian leher ketika wanita itu menggantungkan diri. “Keluarga mangsa telah hadir untuk menuntut mayat selepas proses bedah siasat. “Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berkaitan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - Kosmo



 #masalahkemurungan #bunuhdiri



.

Wednesday, June 27, 2018

Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya



Mahkamah memutuskan untuk batal hukuman mati seorang remaja yang bunuh suami kerana cuba rogol dirinya | Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati dan penjara terhadap seorang remaja yang membunuh suami kerana cuba merogol dirinya, kata seorang peguam. Noura Hussein, 19, mendakwa dipaksa untuk mengahwini seorang lelaki yang juga sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bulan lalu oleh Mahkamah Syariah negara itu kerana membunuh. Juru kempen hak meminta Presiden Sudan, Omar al-Bashir agar mengampunkan Noura dengan alasan dia dipaksa berkahwin dan bertindak untuk mempertahankan diri. Peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein berkata, berikutan itu, mahkamah semalam membatalkan hukuman mati termasuk penjara lima tahun tetapi Noura didenda AS$20 (RM80.50), tanpa memberikan butiran lanjut.


Menurut Noura, dia ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya selama tiga tahun. Dia kembali ke rumah keluarga di Khartoum pada April tahun ini selepas bapanya memberitahu perkahwinan itu dibatalkan tetapi ternyata dia ditipu sedangkan persiapan perkahwinan sedang dilakukan. Selepas berkahwin, Noura menolak untuk melakukan hubungan kelamin dengan suaminya tetapi selepas enam hari berkahwin dia dirogol dengan bantuan tiga ahli keluarga lelaki. Pada hari berikutnya, suaminya cuba merogol lagi tetapi dia cuba mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya hingga mati. Pada Mei tahun ini, Mahkamah Syariah mendapati dia bersalah kerana membunuh. - Reuters



#kesbunuh #kesrogol #kahwinpaksa #hukumgantungsampaimati




.

Wednesday, May 16, 2018

Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita



Bekas polis cetus kontroversi apabila didakwa merancang pembunuhan dan makan lebih 100 wanita | Seorang bekas kakitangan Jabatan Polis New York (NYPD) digelar Polis Kanibal kerana didakwa merancang untuk membunuh dan memakan lebih 100 wanita. Gilberto Valle pernah dipenjara pada tahun 2012 kerana melakukan konspirasi menculik bersama isterinya, Kathleen Mangan. Mangan kemudian memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Valle telah merancang untuk membunuh dan memakan daging lebih 100 wanita. Kes itu menyebabkan Valle dipecat dari jawatannya di NYPD manakala isterinya memfailkan perceraian.


“Saya bimbang dia mungkin akan membunuh anak perempuan kami,” kata Mangan. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, Josephine. Mangan kini berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya itu di sebuah mahkamah di Nevada. – Agensi



#kanibal #bekaspolis #pembunuhanterancang




.

Tuesday, May 15, 2018

Lelaki maut gara-gara mahu selfie dengan seekor beruang



Lelaki maut gara-gara mahu selfie dengan seekor beruang  | SEORANG pemandu teksi maut selepas menghentikan kenderaan yang dipandunya semata-mata mahu bergambar dengan seekor beruang. Ketika kejadian, Prabhu Bhatara dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis perkahwinan. Namun dia tiba-tiba keluar dari kenderaan SUV dipandunya kerana mahu pergi ke tandas sebelum ternampak seekor beruang dalam keadaan cedera. Penumpang Bhatara memberitahunya supaya tidak mendekati haiwan tersebut semata-mata mahu berselfie tetapi dia tidak mengendahkan nasihat tersebut.


 Bhatara menghampiri beruang itu dan kemudiannya diserang. Seekor anjing liar cuba bertarung dengan beruang itu untuk menyelamatkan Bhatara tetapi gagal. Beberapa pekerja perhutanan terpaksa menenangkan beruang terbabit supaya mereka dapat menghampiri mayat Bhatara. Menurut saksi, beruang terbabit mahu minum air dari sebuah kolam sebelum didekati mangsa. Bhatara disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Insiden itu berlaku dekat Papadahandi di daerah Nabarangpur, Odisha, India pada Rabu lalu.


#selfie



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!