Tuesday, February 26, 2019

Amar Baharin sahkan isteri dimasukkan ke hospital.. Ini keadaan terkini Amyra Rosli



Amar Baharin sahkan isteri dimasukkan ke hospital.. Ini keadaan terkini Amyra Rosli | PELAKON popular Amyra Rosli dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu sakit perut pada pagi Selasa. Suaminya iaitu Amar Baharin, 34, berkata, Amyra berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemeriksaan pihak hospital. "Pagi tadi saya bawa ke hospital selepas dia mengadu rasa tidak sedap perut. "Sekarang masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dijalankan pagi tadi. InsyaAllah doakan semuanya baik,” ujarnya. Amyra memuat naik foto dia kini menjalani rawatan di sebuah hospital sehingga mengundang pertanyaan peminatnya.

 Rata-rata mendoakan wanita itu cepat sembuh dan pulih seperti biasa. Ditanya sama ada pelakon drama Nur itu hamil, Amar menafikan perkara berkenaan. "Tidak, sakit perut yang dialami itu bukan sebab hamil. Kami masih menunggu keputusan daripada doktor,” ujarnya. Amyra berkahwin dengan Amar pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!