Tuesday, February 26, 2019

Lelaki sanggup keluar hospital walaupun kapak terpacak di badan gara-gara mahu merokok



Lelaki sanggup keluar hospital walaupun kapak terpacak di badan gara-gara mahu merokok | PESAKIT lelaki ini pasti mempunyai keinginan yang serius untuk merokok apabila dia cuba keluar dari hospital untuk 'berasap' walaupun ada kapak yang tertanam di belakang badannya. Tetapi lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Vladimir, 34, bersetuju untuk kembali ke katilnya di hospital di Kazan, Rusia, apabila diberitahu bahawa dia akan mati. Seorang jururawat merakamkan aksi pesakit itu yang hanya berseluar dalam ketika kakitangan hospital cuba memaklumkan hanya pemegang kapak kelihatan di belakang badannya. Seorang jururawat lain didengari bertanya, "Vladimir, adakah anda gila?", sementara yang lain bertanya, "sejauh mana anda mahu pergi?" sewaktu dia berpaut kepada beberapa objek untuk berjalan.

Dia memberitahu mereka bahawa dia ingin keluar untuk menghisap rokok tetapi kemudian menunjukkan bahawa dia tidak memegang rokok di tangan. Vladimir berjaya keluar dari hospital walaupun cuaca di luar mencecah -10 ° C dan terdapat salji di atas tanah. Seorang doktor berkata: "Mari kita pergi. Ambil suntikan dan pulang ke rumah." Pesakit itu akhirnya bersetuju dan kapak tersebut dikeluarkan daripada badannya. Vladimir kini berada dalam keadaan stabil di hospital. - Metro UK



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!