Pelajar sanggup minta maaf sampai sujud dikaki selepas videonya mahu belasah guru tersebar | VIDEO seorang pelajar bertindak kurang ajar terhadap gurunya tular di media sosial. Dalam video berdurasi 54 saat itu, pelajar terbabit tiba-tiba memegang kepala gurunya, menolak dan mencengkam leher bajunya seolah-olah mahu memukul lelaki itu. Bagaimanapun, guru di sebuah sekolah di Wringinanom Gresik, Jawa Timur, Indonesia itu tidak melawan sebaliknya hanya diam melihat tingkah laku anak didiknya. Pelajar berkenaan terus berlagak samseng dengan merokok di dalam kelas. Setelah video tular, pelajar berkenaan akhirnya menyesali perbuatannya dan memohon maaf. Susulan kejadian, polis memanggil pihak yang terlibat dalam insiden itu dan satu perbincangan diadakan di Balai Polis Wringinanom.
Selain guru berkenaan, Nur Kalim, 30, dan pelajar terbabit yang hadir bersama ibu bapanya, kelihatan juga pihak dari Perlindungan Perempuan Anak Jatim dan pegawai Kementerian Sosial. Sebelum perjanjian damai dilakukan, Nur Kalim mengaku ikhlas memaafkan sikap pelajarnya."Saya sudah memaafkan sikap pelajar saya. Apatah lagi dia adalah anak didik saya yang saya anggap macam anak saya sendiri," kata Nur Kalim. Bagaimanapun, pelajar berkenaan tetap meminta maaf dan memeluk gurunya.
"Saya minta maaf dan bersedia mengubah sikap, baik di kelas dan dengan guru-guru di kelas waktu pelajaran nanti," katanya. Tak cukup bersalaman dan berpelukan, pelajar tersebut terus bersujud mencium kaki Nur Kalim. Nur Kalim yang terkejut terus memegangnya menyuruh dia bangun. "Sudah-sudah jangan bersujud. Saya maafkan," katanya. Walaupun kes dianggap sudah selesai, ibu bapa pelajar tersebut bimbang dengan hukuman terhadap anak mereka di sekolah. Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak menetapkan hukuman berat. -detiknews
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment