Zizie Ezette selamat lahirkan bayi perempuan | PELAKON Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 12.06 tengah hari, Jumaat. Zizie, 40, memaklumkan anak ketiga bagi kelahiran kedua itu berada dalam keadaan sihat dan dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram. "Terima kasih Allah, ia sangat mudah daripada pengalaman sebelum ini. "Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda semua," tulisnya di Instagram. Zizie turut memuat naik gambarnya sedang memangku bayinya itu namun tiada butiran lanjut diberikan berhubung anaknya itu.
Pelakon itu berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu pada 2009. Mereka turut dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzette yang lahir pada 29 Disember 2017. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang berusia setahun.-Mstar
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment