Showing posts with label Cabaran 30 hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 30 hari. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


Inilah hari terakhir cabaran ini...
Tetiba selepas melakukannya selama 29 hari, hari ke30 ni penyakit malas menyerang...
Siyes blurr tak tau apa nak tulis..
So, apa jer yang korang baca ni, kira tulisan secara spontan dari lulu caldina..ngee


Sepanjang hari, badan macam kena renjatan elektrik, 
laparlah tu hish... sebab sahur makan maggie ayam jer...
Makan maggie sedap, apa lagi letak sebiji telur.. 
Lepas tu kuningnya jangan biar pecah.. :)
Siyes lapar sahur macam tu..
Eh, puasa kenalah rasa lapar... kalau tak lapar buka puasa..


Masa berbuka tadi, simple jer,
Goreng ikan, sayur kangkung dan sedikit lauk ringan..
Juga ada sedikit kuih lapis... :) sedap..
Air???  :P



Sekarang tengah bingung nak fikir mengenai segmen..
Siapakah yang bertuah???
Siyes tak sangka sambutannya begitu hangat/hebat...
Tertanya juga dalam hati ni..
Kalau tak terpilih, mesti kecewa, kan???
huhu macam mana nak puaskan hati semua orang???


Hari ni juga lulu berjaya blogwalking tak silap lebih 50 blog..
wee adakah blog anda antaranya???
sepanjang bulan puasa ni, memang kurang sikit BW..
Mood takde.. huhu... 
Tapi lulu cuba juga... yeah..



Dah, selesai cabaran hari ke30, semuanya mengenai makan.. ngee




.

Monday, August 8, 2011

day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?


Dalam 10 tahun akan datang, entahlah umur panjang lagi ke tak..
namun demikian, jika lulu masih bernafas, rasanya ketika itu lulu memiliki keluarga yang besar dan bahagia... Menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak..
Mungkin juga lulu dah tak berblog, ataupun bila masih berblogging, dah tak seaktif sekarang...
Tapi yang pasti, lulu tetap akan minat chelsea.. ekeke, apa kaitan?


Semoga ketika 10 tahun akan datang, hidup lulu akan gembira, bahagia,
bak kata pepatah english, "Happily ever after"..




P/S - Selesai cabaran hari ke 29 ~semak~




.

Friday, August 5, 2011

day 28 - hobi anda


Hari ni letih sikit... malas nak tulis panjang-panjang...
Bila baca, korang sendiri bayangkan jerlah eh...ekeke

  1. Kumpul setem
  2. Surfing internet..
  3. Tengok bola sepak
  4. masak
  5. baca buku
  6. tengok tagalog/spanish/horror movie
  7. dengar lagu
  8. kemas rumah
  9. cuci kereta
  10. Main game

Ada banyak lagi, tapi memang malas tulis.. hoho...

    P/S - Selesai cabaran hari ke 28 ~baca sini~



    .

    Thursday, August 4, 2011

    day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda


    Makan kfc adalah makanan syurga dunia bagi lulu.. keenakkannya memang sehingga menjilat jari... Apatah lagi bila ayam panas itu dicicah dengan sos cili.. adeh, bila tengok gambar ni, siyes macam nak pergi kepsi sekarang juga.. Tapi, hari ni tak boleh, sebab petang ni nak masak.. masak yang simple..



    Untuk minuman pula....

    1. Milo..
    milo yang dibancuh dengan susu, tanpa air panas.. milonya memang tak hancur/sebati, namun bertambah sedap bila sejuk + ais batu.. Cubalah... memang lain daripada yang lain.. Bila tengok milo kat gelas tu, berketul jer, masuk dalam mulut, siap boleh kunyah-kunyah lagi milo yang berketul tu..ngee


    2. Soya..
    Minuman wajib... Mesti minum soya.. Agaknya itulah sebab kulit boleh putih mulus, licin.. rahsianya kot...
    Tapi minum soya cepat kenyang.. Sangat sesuai dikala sarapan.. Memadai dengan segelas kacang soya, cukup untuk melegakan....



    P/S - Tamat cabaran hari ke 27.. wah dah nak habis cabaran ni... ~baca yang lain~




    .

    Wednesday, August 3, 2011

    day 26 - 15 fakta tentang anda


    Soalan- soalan macam nilah yang paling best nak ngelat... ekeke...
    Sabar jer eh baca jawapan dari lulu...
    Kan dah kata, Lulu Caldina macam artis, selalu main no komen jer..ngee...


    1. Dikenali sebagai LULU.. Caldina kerana saya suka Toyota Caldina..Tapi lebih suka Honda Accord...ngee..
    2. Berbangsa 'MIX' , papa saya berbangsa Cina dan mummy saya melayu.. Sayalah anak 1 malaysia....yeah.....
    3. Saya suka mkn kepsi..Hari-hari saya mkn kepsi..ekeke
    4. Suka menghargai sesuatu/orang lain.. Yah...anda telah menemui orang yang tepat..ehehhe..
    5. Terlalu adicted dengan Horror movie, movie/drama tagalog dan spanish. Kerana kegilaan saya terhadap industri perfileman tagalog, saya akan menonton apa saja wayang/drama, dari siapa saja pelakonnya (terkecuali 18sx)  dan menumpukan sepenuh perhatian di dpn tv.. hahaha..mmg gila..
    6. Saya suka dengar lagu.. Tak kisah apa genre.. Samaada ballad, pop.. Terutama lagu oldies.. eh, dangdut pun sekali-sekala dengar lah juga..
    7. Saya suka surf internet.. Paling byk adalah informasi terkini.. Ataupun yang memberi pengetahuan..
    8. Saya sangat suka tengok sukan.. Terutama bola, golf dan tennis..
    9. Saya sangat meminati Chelsea..Saya adalah peminat setia mereka dari tahun 2005..
    10. Tahukah anda sebelum itu saya meminat MU (manchester United). Tetapi berubah setelah Beckham dijual.. Bukan kerana hanya meminati beckham. tetapi krn tidak berpuas hati.. dengan cara Ferguson mengurus playernya..
    11. Saya orang yang mudah faham dan memahami..ceh.. Ngadulah apa je.. Insya-Allah akan saya alert.. wah..
    12. Saya juga sangat meminati Rafael Nadal (Tenis-spain). Bkn kerana rupa parasnya, tetapi kerana perbezaannya dari pemain lain.. Dengan usia mudanya, dia mencapai begitu byk kejayaannya.. Malah dia bertangan kidal.. VAMOS..
    13. Seorang penulis.. Pernah menulis 3 buah novel..haa... (rahsia je eh..tak yah tanya mengenainya lagi)
    14. Saya TAK suka make-up tebal.. Al-maklumlah..Sayalah wanita melayu terakhir...
      uhuhuhuk (batuk) *perasan!
    15. Saya suka masak.. Dan rasanya pun boleh tahan.. Syukur..

       


    P/S - Laa, 15 jer ke? :p
    Tamat Cabaran hari ke 26 ~baca~




    .

    Monday, August 1, 2011

    day 25 - makna disebalik link blog anda



    Guna nama sendiri untuk blog.. alaa, semua orang buatkan..
    Bila fikir-fikir nama yang paling sesuai untuk blog + dengan nama sendiri..
    teruslah tercetus Lulu-Pages..
    Sebab blog ni merupakan medan buat lulu untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan buat semua..
    "Sharing is caring" kan... ngee...
    Sikap lulu yang suka surfing mencari berita terkini,
    kini terhimpun didalam satu..
    iaitu, Lulu-pages..


    Semoga blog lulu ni, Lulu-Pages akan bertambah sukses..
    terima kasih diatas sokongan korang semua....


    Lawakan blog ni?? wink... :)




    P/S - Selesai cabaran hari ke 25.. ~baca~



    .

    Sunday, July 31, 2011

    day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan


    Lulu memang gila kepsi..
    Seminggu paling kurang mesti makan 2x..
    Bila terbayang ayam panas, makan cicah dengan sos cili.. adeh siyes terliur..


    Pastukan kepsi ni selalu ada menu baru..
    lengkaplah kan dengan pakej-pakej yang berbeza dan murah..
    Bila makan, nak diet pun dah tak ingat dah..
    Hayati makan ayam...


    Bila tengok pekerjanya lunch dengan kepsi,
    siyes jeles.. Macam nak kerja jer kat situ supaya hari-hari boleh makan kepsi.
    Atau sekali pindah jer rumah sebelah kepsi..
    ngee...



    Rasanya nak kena saman kepsi ni..
    Ketagihan melampau..



    P/S - Tamat cabaran hari ke 24 ~baca~



    .

    Saturday, July 30, 2011

    day 23 - dream wedding


    Semua orang ada perkahwinan impian..
    Termasuk lulu..

    Perkahwinan yang lulu impikan adalah segalanya berwarna putih..
    Dari pakaian, kek, hantaran dan hiasan lainnya...
    Owh, putih suci jer kan...

    Namun, lulu tak suka membazir..
    Memadailah sekadar bersederhana..
    Tak perlu besar-besaran...


    Namun, makan besar bersama keluarga mesti ada,
    sebab lulu keluarga cina, memang amat mementingkan adat ni..
    Dengan makan besar bersama keluarga, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama..
    itu yang penting..


    Juga tak suka nak ada banyak persalinan..
    ni bukan masanya untuk jadi model, pakai banyak fashion baju untuk ditayang depan semua orang..huhu..
    Banyak duit akan mengalir deras dan buat duit poket lebih parah..
    Yang penting, adalah ijab kabul berdasarkan islam, dan bukan menunjuk-nunjuk dengan orang lain...



    P/S - Tamat cabaran hari ke 23 ~baca~






    .

    Friday, July 29, 2011

    day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda


    1. Hari lahir diri sendiri... Penting sangat, sebab masa ni terbayang (walaupun keadaan kejadian tu lulu tak mengerti apa-apa..) mummy bertarung nyawa melahirkan bayi comel, yang membesar bagaikan johan..ekeke. Lulu lahir 9.20 pagi...
    2. Hari lahir kedua orang tua lulu... Tiap-tiap tahun mesti beli kek, lepas tu makan bersama.. aiyah.. saya orang cina maaa, mesti makan besar..weee....
    3. Hari lahir adik saya... saya ada adik..tettt..
    4. hari cuti opkos, sebab boleh merancang percutian yang menarik dan murah.. banyak jimat baru senang hati nak bercuti...kan kan..
    5. ni yang sedih.. tarikh kematian koko saya ~baca~




    P/S - Tamat cabaran hari ke 22.. [KLIK]





    .

    Thursday, July 28, 2011

    day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah


    Wah soalan simple jer ni (tengah konfiden nak jawab..ekeke)

    benda yang wajib bawa??
    Eh, sama jer lah dengan orang lain...

    1. dompet.. dalam tu ada duit, ic, duit, lesen memandu dan kad bank..

    2. barang make-up.. compact powder, lipstick, eye shadow.. dan beberapa lagi..

    3. Handphone, nokia E71 ni jer..

    4. My new baby, Samsung Galaxy Tab

    5. Tisu...


    Tengok, sama jer lah kan dengan orang lain.. Ni soalan senang ni, boleh tak bagi lagi susah...? err, jangan nanti susah nak ngelat..ekeke.. Nanti ramai orang tak puas hati..huhu



    P/S - Tamat Cabaran hari ke 21 ~baca~




    .

    Wednesday, July 27, 2011

    day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?


    Cerita mengenai gadjet....ngee, tak pandai selesai..
    Dan memang sejak akhir-akhir ini, selepas berjaya mendapatkan Nikon D3100,
    Lulu tersangat mengidamkan satu lagi gadjet yang best...
    Iaitu Samsung Galaxy Tab...
    Dan, dah berkali-kali belek kat kedai/internet... namun siyes duit tak cukup lagi untuk memilikinya...


    Namun hari ni.....
    Yeah, impian menjadi kenyataan..
    Gadjet ini adalah hadiah dari yang tersayang..
    Siapa dia??? takkan nak tau juga?? tettt.....ngee




    Siap ada angry bird lagi...


    Tapi gadjet ni memang best.. 
    Boleh update blog dari sini :)








    Bestkan hari ke 20 ni?



    P/S - Selesai cabaran hari ke 20...~baca~



    .

    Tuesday, July 26, 2011

    day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda


    1. Sepasang kekasih/suami isteri yang jalan berpegangan tangan.. Sambil ketawa dan mesra berdua.. Jelas menunjukkan kasih sayang antara mereka.. itulah kebahagiaan bagi lulu

    2. Melihat orang yang minta sedekah ditepi jalan, sambil fikiran jauh menerawang (betul ke ayat ni?), memikirkan kenapa ada insan yang masih tidak beryukur dilahirkan lengkap segala-galanya.. Orang susah, terpaksa meminta sedekah demi sesuap nasi, demi kalangsungan hidup, demi anak-anak dan keluarga.. Kadang-kadang tu, anak yang kecil dibawa bersama, sehingga tertidur dijalan yang kotor itu.. Betapa sedihnya.. meh hulur sesuatu buat mereka... Insya-Allah, Allah melihat perbuatan kita..

    3. Wanita yang berpakaian ketat dan terdedah... Masa tu macam nak bagi jer kain suruh dia tutup anggota badan tu.. Buruk wei, apatah lagi bila badan menggelebeh atau banyak lemak.. hoho..

    4. Lelaki atau perempuan, yang berpakaian/berperwatakan pelik/luar biasa.. Selalu bayangkan rumah mereka, dengan cermin takde kat rumah, itulah bila nak keluar, tak boleh nak menilai diri sendiri..

    5. Sekumpulan lelaki tidak kira umur, riak muka mereka ketika melihat perempuan lalu... apatah lagi kalau wanita tu seksi.. siyes ternganga woo [cuba tengok ni] Kadang tu tak kira tua ke muda ke, sama jer..ekeke..

    6. Seorang ibu yang melayan karenah anaknya dengan sabar... Bila besar nanti, boleh ke sabar membalas jasa ibu??




    P/S - Tamat cabaran hari ke 19 ~baca~




    .

    Monday, July 25, 2011

    day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri


    Kalau nak benda yang terbaru, rasanya beberapa bulan lepas lulu baru beli Nikon D3100.. 
    Campur itu ini, semuanya 2k juga...ngee..


    Tapi, sebenarnya (dah lama tak beli) lulu ada satu hobi yang tak dapat tertolong...
    Syukurlah dah lama tak buat... boleh kosong poket...huhu..


    Lulu suka ke kedai Levi's.. Lepas tu bila surfing, selalu tengok Levi's store..
    Betul suka jenama ni...
    Jeans yang berkualiti, bila selalu pakai, jeans tu macam boleh kendur tau..
    tapi bila cuci, dah ketat balik... betul aneh..
    Tapi pakai memang selesa...


    Harga memang mahal..
    Kira boleh dapat mungkin 2 pasang jeans jenama biasa jika berbanding jeans levi's..
    Lulu ada beberapa jeans..
    Namun, ada 1 ni, yang dah beli beberapa tahun, tak pernah pakai lagi..
    siyes membazir.. itulah sampai sekarang dah tak 'menabung' kat Levi's Store lagi...ngee..



    oleh kerana tak pakai, jeans tu memang masih baru dan ada bau kedai lagi..
    hoho, beli dalam RM2++ dah tak ingat... Low cut ni memang lawa..
    Tengok 2 button tu...


    Tapi sebenarnya ada beberapa jeans lagi selain ni..


    Tapi, malangnya, bukan jeans Levi's saja yang membuatkan lulu terpaut dengan jenama Levi's..
    Tapi baju/dress nya juga...
    sehelai dalam RM1++ macam tu..
    Biasanya, bila fashion baru datang, saiz tak banyak..
    Dalam 2 pasang 1 saiz..
    so, siapa cepat dia dapat..



    Eh, belek-belek baru perasan takde beli baju warna biru...
    Harus ke lulu ke Levi's store esok??  ;)



    Terasa macam buka blog jual pakaian bila ambik gambar-gambar ni semua..
    Ada banyak lagi sebenarnya, tapi lain kali jer kita upload...



    Rasanya inilah benda yang paling mahal lulu pernah beli..




    P/S - Tamat cabaran hari ke 18 ~baca~






    .

    Sunday, July 24, 2011

    day 17 - gambar bilik idaman anda


    Siyes lulu sukakan warna biru...
    Apatah lagi warna biru lembut, tengok pun, hati rasa tenang jer...
    Suka warna biru bukan semata-mata kerana minat chelsea tau..
    Tapi kalau ikutkan hati, nak juga semuanya chelsea dalam bilik tidur..
    Bedsheet, comforter, sarung bantal... best..ngee...


    Setakat ni bilik belum jadi macam dalam gambar tu lagi..
    Tapi, semoga suatu hari nanti lulu akan dapat bilik idaman lulu....
    Blue is the colour... football is the game..
    eh... :)




    P/S - Tamat Cabaran hari ke 17 ~baca semuanya~
    (Thailand All Stars 0-4 Chelsea FC)




    .

    Saturday, July 23, 2011

    day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka


    Soalan ni senang jer jawab... Tapii lagi bagus kalau tanya guru sekolah yang paling kita benci...
    memandangkan soalan-soalan cabaran takde tanya, so lulu nak jawab keduanya lah kan..

    Masa sekolah rendah, lulu ada suka seorang guru.. 
    Seorang guru lelaki yang lembut dan berbudi bahasa..
    Namanya Cikgu Azmi..
    Cikgu ni kemana jer, mesti bawa rotan macam dalam gambar tu..
    Tapi, rotan tu bukan digunakan untuk rotan pelajar..
    Dia selalu bawa jer pun... Macam perhiasan..ekeke...


    Cikgu Azmi ni memang baik..
    bercakap dengan suara yang lembut (bukan lelaki lembut),
    dan mengajar pun enjoy jer..
    Subjek yang dia ajar kompemlah boleh skor kan..
    Dan dia merupakan guru yang disayangi oleh semua pelajar disekolah tu..


    Bagi lulu, seorang guru itu harus menggunakan budi bicara berhadapan dengan pelajar..
    Itu bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar...


    Dan masa sekolah juga, lulu ada benci seorang guru..
    Masa lulu tingkatan 3..
    ada beberapa orang guru sandaran...
    jadi yang seorang ni, asyik pandang2 jeling...
    Pada suatu hari, masa lulu duduk di kantin bersama rakan,
    dia datang dan berbisik pada lulu..
    "jom ke library... cikgu ada kunci ni.."
    WTH, maksudnya apa???

    Dan selepas itu, ada banyak lagi kes seumpamanya...
    Lulu buat tak layan, dan khabar terakhir mengenai cikgu tu,
    dia dah kahwin dengan pelajar sendiri.. hoho..


    Tidak semua guru itu bersikap buruk..
    Ada yang jujur menjadi seorang guru,
    dan menjadi guru contoh disekolah...
    Tanpa guru siapalah kita, kan???
    Terima kasih cikgu................ :)




    P/S - Ingin memenangi iklan blog  percuma ? [KLIK]
    ~Tamat Cabaran hari ke 16 ~baca~




    .

    Friday, July 22, 2011

    day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?


    Soalan yang paling best... Macam ni baru namanya cabaran..
    Janganlah tanya soalan-soalan yang susah nak jawab, kan... ngee
    kalau dapat 1 juta??? eh betul ke ada orang bak bagi?
    Takpelah, kita angan-angan jer eh..
    Kan angan-angan tu separuh jalan menjadi kenyataan..




    1. Membantu ibu bapa..
    Nak bawa ibu bapa makan angin.. masa tu, nak beli apa, tunjuk jer, lulu bayar..ekeke
    menyenangkan hati ibu bapa kan penting..


    2.  Niagara Falls

    Teringin sangat nak ke tempat ni... Entahlah, samada seluruh hidup lulu ni akan dapat kesana ke tak..


    3. Rumah..
    Mungkin kerana darah cina yang mengalir dalam diri, lulu memang ada rancangan memiliki beberapa hartanah suatu hari nanti.. Terutamanya rumah..


    4. Suping...
    wee, sape tak suka shoping kan.. beli macam-macam, woo macam dunia ni aku yang punya, orang lain pinjam jer..


    5. Bersedekah..
    Bukan semua orang senang... marilah kita berkongsi kebahagiaan..








    alaa sebenarnya 1 juta tu bukannya banyak pun kan... entah cukup ke tak ekeke.. Tapi siapa tau kan, suatu hari nanti lulu akan memilki 1 juta... meh aminkan ramai-ramai...






    P/S - Selesai cabaran hari ke 15.. [KLIK]








    .


    Thursday, July 21, 2011

    day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini


    Hari ni perkara yang paling menarik lulu lakukan adalah masak..
    Alaa, ramai yang masak.. apatah lagi sedap, ceh terliur..
    walaupun sudah makan dan perut kenyang..ekeke
    Hari-hari masak, tapi hari ni kira special sebab buat cabaran ni,
    so, kenalah ambik gambar dan masukkan dalam entri..ngee


    Minggu lepas puasa 5 hari, tapi bukan puasa ganti sebab sudah ganti..
    Saja puasa, sebab tak lama lagi dah nak masuk ramadan..
    So, kira nak ambik mood...takut perut terperanjat..
    5 hari puasa = 6kg turun.. ceh senang naik senang turun..
    best..


    Hari ni lulu tak puasa..
    so, masak yang simple dan sedap, dan nafsu makan pun mari...
    puas-puas makan sebab tak lama lagi nak puasa...
    Korang tengok gambar jer telan air liur ;p



    Untuk paparan lagi best sila klik pada gambar..ngee...
    Bagi lulu inilah perkara paling menarik yang lulu lakukan hari ini..
    nak resepi, lain kali eh...
    masakan mudah jer ni..



    P/S - Tamat cabaran hari ke 14 [direct]
    - Memenangi iklan percuma ? [KLIK]




    .

    Wednesday, July 20, 2011

    day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda


     Apa yang ada dalam beg duit anda?

    1. kad pengenalan..
    Ini penting sebab tak maulah nanti dianggap pendatang tanpa izin kan.. Tak pasal-pasal kena angkut pergi balai.. ekeke...

    2. Duit..
    Takde duit jangan jalan.. nanti nak isi minyak, makan, atau suping, semua tak boleh...

    3. Lesen memandu..
    Asal memandu, lesen memandu memang penting...
    Tapi selalunya kalau ada road block, polis trafik tu buat tak nampak jer tau.. checklah lulu ni sekali sekala.. ada ke tak lesen memandu.. Kereta pun dia pandang sepintas lalu.. hoho, best lak kan macam dapat pengecualian.. ke, muka ni memang muka orang baik.. weewuu..

    4. ATM kad..
    Mestilah ada, nanti nak cucuk duit.. Lagipun senang jer belanja guna kad.. Bukan master kad, tapi debit kad.. alaa kad maybank tu.. malas bawa duit.. macamlah duit banyak sangat, kan.. ekeke. juga bank-bank lain.. banyak ATM kad, buat semak dompet..ngee

    5. kad member..
    suping complex, kad mesra, avon, beethoven, bonuslink, KFC  dan banyak lagi..


    P/S - Tamat cabaran hari ke 13. [KLIK]





    .

    Tuesday, July 19, 2011

    day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda


    hoho, tak pernah didedahkan sebelum ni...
    Dengan ter-publishnya entri ini, maka koranglah orang pertama yang tahu...
    (Soalan-soalan cabaran ni memang sukar bagi lulu.. sob sob..)


    Apa yang ada dalam beg mekap Lulu Caldina???

    Dalam gambar tu sikit jer.. ada banyak lagi.. Tapi letak banyak, nanti orang cakap menunjuk pula kan.. Lagipun lulu jarang pakai mekap, yang nipis bolehlah.. Awet muda you.. mekap tebal-tebal nanti muka lekas nampak tua.. ekeke.. Lagipun, kebanyakan mekap, adalah pemberian dari orang... :) So, syukur alhamdulillah dengan menggelakkan muka dari sering terdedah dengan alat mekap, maka, lulu tak perlukan penjagaan muka ekslusif.. cukuplah sekadar pencuci muka.. Tadaa...


    Selalunya dalam beg mekap Lulu, bukan jer ada mekap, ada perfume, getah rambut dan macam2 lagi.. Huhu, kalau travelling, bawa yang ringkas saja, sudah memadai..




    P/S - Selesai cabaran hari ke 12 [KLIK


    Monday, July 18, 2011

    day 11 - gadjet yang anda ada

    Bercerita mengenai gadjet, sekarang ni memang pelbagai gadjet ada di pasaran..
    hari ni beli, 2 minggu kemudian ada lagi yang lebih best...
    memang kena tahan hati daripada memiliki apatah lagi kalau poket tak tebal..
    yer kan??

    Jom tengok apa gadjet yang lulu ada...


    1. Compaq Presario


    laptop kesayangan... dah memilikinya dari tahun 2008.. Walaupun dah banyak masalah sekarang ni, maklumlah, dah nak minta ganti barulah teww... owh... duit simpanan belum cukup.. Dari laptop ni lulu update blog dan melakukan segala-galanya.. seperti edit gambar, movie, lagu... dan surfing internet, walaupun ada dekstop acer.


    2. Nokia E71


    Handphone ni baru jer pakai 2 bulan.. setakat ni memang boleh tahan... menaip pun laju jer... best... Tapi, rasanya nak tukar lain sebab tak lama lagi lulu akan dapat HTC.. So, nokia ni tak tau nak buat apa... Terpaksalah let go, jual RM500 ada orang nak beli ke eh? :) eh warranty still jalan ni


    3. NIKON D3100


    DSLR for beginner eh... Kena kumpul duit untuk yang lebih baik dari ini.. Tapi yang ni pun memang sangat puas hati pakai.... orang tak lawa macam kita ni pun jadi lawa.. :) Esok, bila dah nak beli lain, lulu let go yang ni, ada ke yang nak beli??


    Itu jerlah kot.. Lelain, takde gambar pula..
    Sekarang dalam perancangan nak beli gadjet baru..


    Doakan lulu berjaya yer..




    P/S - Selesai cabaran hari ke 11.. [Tekan]




    .
     

    Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!