Dia satu-satunya koko yang aku punya....
Sewaktu kecil. kami berpegangan tangan ke sekolah...Aku dijaga dengan penuh kasih sayang... Bila ada yang menganggu, koko-lah bodyguard...Dimana-manapun koko memang famous.. Dengan rupa paras yang handsome, berbudi bahasa dan menghormati orang lain, jujurnya, koko diminati oleh ramai perempuan...
Sebut saja hadiah....malah surat-surat cinta yang diterimanya menjadi bacaanku dari kecil..
Koko memang cemerlang dalam semua hal... Dia menjadi tulang belakang dalam keluarga..
menjadi anak harapan dan menjadi seorang koko yang paling sempurna padaku.
Koko, boleh diharap untuk apa juga urusan, dan apabila koko melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, aku merasa sangat kehilangan...kesunyian...
Setelah habis STPM, koko ditawarkan menjadi guru sandaran... dan tidak berapa lama kemudian, koko pun masuk maktab...mami papa semakin bangga, apatah lagi memiliki anak yang berjaya...
Juga menjadi contoh teladan buat adik-adik..
Masih ku ingat, setelah menjadi guru, dengan gaji pertama, koko mengajak ku kebandar...
aku dibelanja kepsi...hoho gembiranya hati masa tu...
koko sukakan motorsikal...setelah berpendapatan tetap, koko beli motor besar, walaupun dia sudah memilki sebuah motor yang padaku, memang besar.... Motorsikal itu berwarna kuning..
Dia bangga dengannya.. Setiap hari, aku dipujuk untuk menaiki motor tu dan merasakan betapa powernya motor tu...Aku hanya mampu menggeleng...takut!! Koko selalu bawa motor laju...
Masa di maktab, koko seringkali kemalangan.. pernah dia luka teruk dikaki, kerana kena 'angin' bas, jatuh, katanya...Tapi, dia masih belum serik...
Suatu hari, (dia mengajar petang) koko masih belum muncul dirumah. Selalunya, dalam 5.45-5.55 petang, kami dah nampak kelibatnya dengan motor besar tu...Pelik...Tapi tak perasan pula masa tu nak bersangka buruk.... Masa terus berlalu.. Hari sudah semakin gelap.. mami yang ketika tu sedang menonton tv, sudah tidak senang duduk... Handphone koko sudah didail, namun tidak dijawab... Tidak lama kemudian, telefon rumah berdering dan mami jawab... sambil mami bercakap ditelefon, kami dapat rasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Apatah lagi mami mula menangis...
Apa yang aku tahu, koko kemalangan... Dalam hati masa tu, pelbagai soalan yang berlegar dikepala... Dan yang paling penting adalah, terukkah koko??? Oleh kerana ini bukan kali pertama koko kemalangan dengan menaiki motor, aku cuba tenangkan hati... Mami dan papa bergegas ke hospital yang jauhnya 24km dari rumah.. Aku terpaksa tinggal untuk menjaga 2 adik dirumah..
Malam tu, aku tak dapat melelapkan mata... hati tak sedap.. mata tak dapat menahan tangisan... aku teringat koko... sebaik matahari memancar, aku segera mandi dan bersiap... adik-adik kusiapkan untuk kesekolah... setelah semuanya selesai, aku naik bas kebandar-tujuan adalah ke hospital.. Biarlah mataku sendiri melihat bagaimana keadaan koko..
Setibanya di hospital, kulihat mata mami dan papa merah.... Aku bingung...adakah keadaan koko teruk?
Ruang ICU aku masuki... Kelihatan dikatil pertama, sebujur tubuh yang sangat aku kenali.. Owh, dia kah itu??? Kenapa??? matanya tertutup...kakinya??? kenapa???? tubuhnya lebam...teruknya... Tiba-tiba aku seperti bukan dibumi yang nyata.. Bermimpi kah aku? Itukah orang yang aku panggil koko? Koko............
Apa yang aku tahu, koko bergegas pulang hari tu..(laju).. Ketika ingin memotong, rupanya ada lori 6 tayar dihadapan, dan...bam....lori 6 tayar.... kaki kanannya patah...entah patah berapa......motor kesayangannya? rosak teruk.. Nasib baik dia pakai helmet 'mahal' yang memang melindungi kepala...kalau tak, habislah kepala...dan dia terlantar diatas jalanraya hampir 30 minit...memang banyak kehilangan darah...
Koko yang aku sayang, terlantar dijalanraya dalam keadaan begitu??? Koko yang selalu melindungi ku, dan ketika dia dalam keadaan begitu, aku tiada? huhu hatiku merintih, aku sedih...
Koko menjalani beberapa pembedahan selepas itu, membuang darah beku dan membetulkan tulang kaki yang patah.. Namun setelah beberapa hari berlalu, doktor mencadangkan kaki koko dipotong, kerana sudah tidak ada respon. kakinya biru dan memang tak boleh gerak..
Setelah koko sedar, dia mengamuk masa tu.. Katanya, kenapa dia baring... dia nak bangun, nak berjalan sendiri ke tandas.. aku tak dapat bayangkan, kalau koko takde kaki.. Koko memang aktif.. Tapi mungkin itu saja caranya untuk dia tetap bertahan hidup..
Pagi tu, aku bersihkan mukanya, lap dengan kain basah, dan mami menyuapkan bubur kemulutnya.. Aku lihat ada airmata kering dimatanya..yang menandakan dia pernah menangis sebelum itu..aku cium dahinya, dan aku bisikkan ketelinganya, bahawa walau apapun terjadi, aku tetap akan sayangkannya...dia tersenyum...
Dan untuk kesekian kalinya, hari yang sama, berita baik kami terima, dia akan dihantar ke hospital X, sebuah hospital pakar, yang sudah terbukti pernah merawat ramai pesakit seperti koko, malahan lebih teruk lagi.. Koko kelihatan segar hari tu, dan dia disiapkan untuk dipindahkan.. namun menjelang hampir tengah hari, untie telefon dan menyuruh ku segera ke hospital..
Rupa-rupanya................aku sudah kehilangan koko buat selama-lamanya..
Aku bingung... Bukankah koko ok? kenapa??? Banyak persoalan yang muncul difikiran ku..
Aku seperti kehilangan segala-galanya... Dia satu-satunya abang yang aku punya...
Dan aku kehilangannya.....Masa tu, dihospital ada beberapa guru dari sekolah koko datang, kononnya nak beri derma buat koko kerana mereka dikhabarkan, koko akan berpindah hospital dan dirawat disana... namun nampaknya wang hasil derma itu, digunakan buat pengkebumiannya....
Koko, Allah lebih menyayangimu...
Kami kehilanganmu, dan tiada ganti lagi walaupun dengan wang ringgit dan harta benda...
Masih jelas suaramu dan gelak tawamu ditelinga ku... Masih terasa gurauanmu...Masih jelas dikotak ingatan ku ketika kau menyanyi karaoke dengan lagak seorang penyanyi beserta urat timbul dileher...
Dan masih lagi aku terbayang betapa manisnya kenangan kita sewaktu kecil..bersama...
Al-fatihah- 10.april..... buat arwah koko yang meninggal sehari sebelum ulangtahun hari kelahiran mami.. beberapa tahun yang lalu..(ketika terlantar, hari koko meninggal, koko sempat bertanya mami, apa hadiah yang mami mahu sempena hari lahir mami...)
.
9 Penyokong CHELSEA:
sedey sangat.....moga rohnya tenang disana..
sis...sedihlah terasa macam kite ada masa tu.....al-Fatihah buat arwah.....
Al-Fatihah untuk arwah..
sedih dgn pemergiannya. Alfatihah buat arwah koko.
kite senasib,kehilangan org yg kite syg..sob..sob..same2 lah berdoa moge roh mereka aman disana,al-fatihah..
@..m@m@ T0meLL.. mama kehilangan siapa? abg juga eh> dalam kemalangan??
slm...al-fatihah sedihnya mama baca cite lulu ni semoga abg lulu bahagia di sana k...:(
alfatihah ... tetiba teringat arwah nenek ... tahun lepas masa ziarah kubur masa raya, arwah siap tunjuk kan satu2 kubur nenek moyang, katanya kalau dia xde nanti cucu cicit tahu mana satu kubur mereka ...Tahun ni, kubur arwah pulak diziarah ...
moga koko ditemptkan bersama para soleh di sana. amin.
Post a Comment