Showing posts with label Kes Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Kes Rumahtangga. Show all posts

Monday, April 8, 2019

Rakaman video paparkan seorang wanita tangkap suami kantoi curang mendapat lebih 15 juta tontonan



Rakaman video paparkan seorang wanita tangkap suami kantoi curang mendapat lebih 15 juta tontonan  | Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki kantoi curang mendapat lebih 15 juta tontonan di China. Wanita itu dilaporkan 'menangkap' suaminya di atas katil bersama wanita lain di sebuah hotel. Menerusi klip video itu, wanita terbabit dilihat menampar muka suaminya yang berada di sisi teman wanitanya yang hanya memakai gaun tidur. "Berani awak! Saya layan awak dengan sangat baik. Awak sendiri tahu perkara itu," kata wanita itu yang turut mempersoalkan kenapa dia ditipu selepas enam tahun mereka mendirikan rumah tangga. Wanita itu yang menyerbu bilik hotel itu bersama beberapa rakannya turut menyerang teman wanita suaminya.

Dia bagaimanapun mendakwa lelaki terbabit tidak mendedahkan statusnya apabila mereka mula menjalinkan hubungan cinta. Bulan lalu, seorang lelaki curang bersama kekasihnya diikat pada pokok dalam keadaan berbogel di khalayak ramai dalam kejadian di wilayah Guizhou. Data menunjukkan hampir 75 peratus pasangan di China bercerai kerana pasangan curang. - Agensi




.

Friday, February 22, 2019

Isteri minta cerai selepas suami keluar melepak sampai lupa burger yang dipesan



Isteri minta cerai selepas suami keluar melepak sampai lupa burger yang dipesan | SEORANG wanita memfailkan perceraian selepas suaminya terlupa tentang makan malamnya. Dalam kejadian di Abu Dhabi, wanita Arab berusia 20-an itu tinggal sendirian di rumah sementara suaminya keluar melepak dengan beberapa kawannya di padang pasir, lapor Al Bayan. Leka bersama rakan menyebabkan suaminya terlupa untuk mengambil pesanannya iaitu hidangan burger dari sebuah restoran makanan segera. Apabila dia pulang ke rumah pada jam 3 pagi tanpa membawa makanan yang dipesan, pasangan itu bergaduh dan akhirnya wanita berkenaan keluar dari rumah.

Menurut peguam Hasan Al Mazrooqi, pasangan perlu dididik untuk mempunyai harapan yang realistik terhadap kehidupan selepas perkahwinan. Menjadi seorang yang realistik akan menyelamatkan pasangan daripada pergi ke mahkamah untuk menamatkan rasa tidak puas hati dalam perkahwinan, tambahnya. "Undang-undang menetapkan bahawa jika tidak ada kemudaratan peribadi, pasangan akan dirujuk kepada hakim yang akan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah. Jika isteri tetap mahu bercerai, mas kawin perkawinan akan dibatalkan." -Khaleej Times




.

Thursday, September 6, 2018

Wanita senyap-senyap tukar sperma dengan kekasih ketika jalani rawatan IVF yang ditanggung oleh suami



Wanita senyap-senyap tukar sperma dengan kekasih ketika jalani rawatan IVF yang ditanggung oleh suami | SEORANG wanita secara diam-diam telah menukar sperma suaminya dengan sperma kekasihnya semasa menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dan melahirkan seorang bayi lelaki, mahkamah memutuskan. Suami kepada Yana Anokhin selama ini tidak tahu bahawa budak lelaki itu bukan anaknya dan perkara ini dirahsiakan dari pengetahuannya selama setahun. Hanya selepas bercerai, Yana, 38, mendedahkan perkara mengejutkan ini. Suaminya Maxim Anokhin berjaya menyaman sebuah klinik di Moscow yang membenarkan pertukaran sperma selepas dia membesarkan anak yang dianggap miliknya selama setahun. Sebuah video di rumah menunjukkan dia menyuap kanak-kanak itu yang dipanggil, Timofey, atau Timosha. Maxim berkata dia 'menyayangi dan menyokong' budak itu ketika mahkamah memberikannya ganti rugi £4,600 (RM24,647) atas kerugian moral dan kewangannya. "Saya percayakan isteri saya. Saya yakin dan percaya kepadanya, 100 peratus.


"Ini bermakna apabila saya diberitahu mengenainya, saya terkejut, saya berasa sedih dan saya tidak boleh mempercayainya." Mahkamah mendapati Maxim telah membayar rawatan IVF itu. Dia memberikan spermanya dengan tanggapan bahawa dia akan menjadi seorang bapa. Laporan mahkamah mengatakan Yana mahu bapa kepada bayinya adalah seorang lelaki yang dicintainya dan bukan suaminya.Pasangan itu kemudian berpisah dan kini berada dalam hubungan baru. Yana kini menjalinkan hubungan dengan kekasihnya, yang juga bapa kandung anaknya. Laman berita Rusia Vesti melaporkan bahawa Yana adalah individu yang memulakan proses penggantian sperma suaminya. Ujian DNA kemudian membuktikan bahawa Maxim bukan bapa biologi kanak-kanak itu yang mendorongnya untuk menyaman Pusat Perubatan Kulakov kerana membenarkan pertukaran sperma. Maxim berkata dia menyaman bekas isterinya untuk keadilan dan bukan untuk wang.

"Saya mahu menjadikan perkara ini umum, jadi tidak ada lagi lelaki yang ditipu seperti saya, suami ditipu, pada masa akan datang. "Ia tidak sepatutnya berlaku lagi." Peguam Maxim Olga Nemtseva berkata klinik itu tidak sepatutnya hanya mengikut kehendak Yana sebaliknya mereka juga mempunyai tanggungjawab ke atas Maxim. "Pastinya dia sangat berminat untuk tahu siapa sebenarnya bapa biologi anaknya." Mahkamah mendapati kakitangan klinik itu membantu Yana menukar sperma, seperti yang dilaporkan dalam Vesti. Doktor yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah, Liya Kazaryan, enggan mengulas mengenai kes itu.

"Saya tidak mahu ditemuramah. Saya tidak mahu bercakap satu perkataan pun mengenai perkara ini." Peguam Yana, Denis Ivchenko, berkata dia tidak akan mengulas mengenai kes itu tanpa kebenaran anak guamnya. "Tanpa persetujuannya saya tidak boleh bercakap satu perkataan pun." Maxim kini sudah mempunyai teman baharu dan mempunyai seorang anak. Dia pasti kanak-kanak itu adalah miliknya kerana dia dilahirkan tanpa menjalani IVF. "Dia gembira tapi dalam masa yang sama tak dapat melupakan seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dianggap sebagai anak sendiri selama setahun," kata peguamnya. -AFP




#rawatanIVF #selingkuh #anakkandung




.

Wednesday, August 8, 2018

Kahwin tanpa restu membuatkan pasangan suami isteri dibelasah dan dipaksa minum air kencing



Kahwin tanpa restu membuatkan pasangan suami isteri dibelasah dan dipaksa minum air kencing | Gara-gara berkahwin tanpa restu keluarga, sepasang suami isteri dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India, dibelasah dan dipaksa minum air kencing. Pasangan suami isteri terbabit, masing-masing berusia 23 tahun dan 21 tahun dilaporkan berkahwin pada Mei lalu meskipun mendapat tentangan ibu bapa pengantin perempuan. Bagi meredakan kemarahan keluarga mentuanya, pemuda berkenaan memberikan wang tunai berjumlah Rs. 70,000 (RM4,141) serta dua ekor kambing. Pemberiannya diterima pihak perempuan namun pasangan muda terbabit kemudian diserang. Menurut seorang pegawai polis tempatan, Vikas Kapis, pasangan itu melarikan diri ke Gujerat selepas berkahwin, namun kembali beberapa minggu kemudian dan menetap di rumah bapa saudara pemuda tersebut.


Perkara itu diketahui keluarga pihak perempuan yang kemudian bertindak menculik pasangan terbabit pada jam 4 pagi waktu tempatan, pada 25 Julai lalu. Kedua-dua mangsa mendakwa penyerang mengacukan pistol sebelum membelasah mereka. Rakaman video yang diambil salah seorang penyerang menunjukkan pemuda berkenaan diikat pada sebatang tiang, manakala isterinya duduk menangis setelah rambutnya digunting serta pakaiannya dilucutkan. Penyerang menegaskan tindakan mereka adalah sebagai hukuman kepada pasangan terbabit kerana mencemarkan maruah keluarga. Sehubungan itu, aduan polis dibuat mangsa terhadap bapa pengantin perempuan, dua bapa saudaranya serta tiga individu lain.Setakat ini, dua individu telah diberkas bagi tujuan siasatan. - NDTV



#kahwintanparestu #perkahwinan




.

Friday, August 3, 2018

Bapa rakam aksi bunuh diri di FB Live selepas kena tinggal isteri bersama anak mereka






Bapa rakam aksi bunuh diri di FB Live selepas kena tinggal isteri bersama anak mereka | SEORANG bapa bertindak membunuh diri menerusi rakaman penstriman video secara langsung, disaksikan ribuan penonton. Insiden pada Isnin lalu itu berlaku susulan mangsa ditinggalkan isteri dan mengambil anak mereka bersama. Dia merakamkan detik-detik kematiannya sendiri dalam satu kejadian di bandar Pataudi, di Haryana, utara India. Menurut kenyataan polis, Amit Chaulan yang baru berusia 27 tahun itu memulakan penstriman video secara langsung di laman sosial Facebook selepas isterinya meninggalkannya, dan membawa dua anak mereka. Dalam rakaman pertama, Amit memberitahu para penonton bahawa dia akan membunuh dirinya di hadapan kamera dan meminta mereka berkongsi rakaman tersebut.



 Bagaimanapun, rakaman pertama tersebut terputus secara tiba-tiba. Menerusi rakaman kedua, dia dilihat membunuh dirinya sendiri. Bapa Amit mendapat tahu mengenai insiden itu pada lewat malam dan mengebumikan mayatnya pada keesokan pagi tanpa memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Jurucakap polis, Subhash Boken berkata, polis mendengar mengenai insiden selepas menerima panggilan tidka dikenali pada kira-kira pukul 10 malam.

 "(Isteri) keluar dari rumah mentua pada Isnin selepas berlaku pertengkaran bersama suaminya, dan menghubungi ibu bapanya. "Amir Chaulan menggantung dirinya dan memuat naik video insiden bunuh diri itu di Facebook," katanya. Timbalan pesuruhjaya, Sumit Kuhar berkata: "Keluarganya memberitahu dia sebenarnya mengalami gangguan mental dan sedang menjalani rawatan sejak enam bulan lalu." Pihak berkuasa kini melakukan siasatan berikutan terdapat laporan polis berhubung kematian Amit. - Mail Online UK



#fblibe #bunuhdiri #isterilari




.

Monday, May 28, 2018

Pelajar kahwini lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya



Pelajar kahwini lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya | SEORANG pelajar politik tekad untuk mengahwini seorang lelaki yang tua 35 tahun daripadanya dan hanya lapan tahun lebih tua daripada datuknya. Dehenna Davison, 24, yang berasal dari Sheffield belajar di Universiti Hull dalam jurusan politik Britain dan perundangan. Dia yang juga dikenali sebagai Dee menyertai Parti Konservatif dan berkenalan dengan John Fareham, 59, yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Hull. John berkata: "Orang bertanya di manakan kamu sebelum hadir dalam hidup saya, nampaknya kamu belum lahir lagi pada ketika itu. "Saya ajak dia minum kopi dan dia tidak memberikan jawapan sehingga saya mengajak dirinya sekali lagi empat bulan kemudian."


Pada 2012, Dehenna bekerja di Parlimen dan John pergi melawat wanita itu, lapor Daily Mail.Kisah cinta mereka berputik apabila Dee menyokong Parti Konservatif di kerusi Hull Utara dan pasangan itu berdepan dengan seorang pengundi yang sedang mara ketika keluar berkempen. Kemudian, pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada 2015 setelah John melamar Dee di luar kediaman lamanya di kampung halaman, Bracknell di Berkshire. "Saya pernah lamar dia sebelum ini, tapi dia suruh saya lakukannya ikut cara yang betul. "Pada usia saya sekarang, melutut sebelah kaki memang agak sukar. Ia bukan tentang sukar untuk melutut, tetapi susah untuk berdiri semula," kata John. Namun, tidak semua orang menyokong hubungan mereka, terutamanya datuk Dee. Datuk wanita itu dilaporkan tidak pernah dapat menerima hubungan tersebut. Tetapi, bagi Dee, usia bukanlah satu halangan sekiranya dua insan benar-benar mengambil berat antara satu sama lain. -AP



#perkahwinan



.

Friday, April 27, 2018

Wanita buka pakaian selepas bertengkar dengan bekas suami



Wanita buka pakaian selepas bertengkar dengan bekas suami | Gara-gara bertengkar dengan bekas suami, seorang wanita di China bertindak menanggalkan pakaian di khalayak ramai. Wanita itu secara kebetulan bertembung dengan bekas suaminya ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Keduanya dikatakan mula bertengkar sehinggalah si bekas suami menampar pipi wanita itu. Menurut saksi, lelaki tersebut mengungkit pemberiannya kepada bekas isterinya itu. "Aku yang membeli telefon bimbit mu!. "Pakaian yang kamu pakai itu aku juga yang membelinya," teriak lelaki itu.


Berang mendengar kata-kata bekas suaminya, tanpa berlengah wanita itu mencampakkan telefon bimbitnya lalu menanggalkan pakaian walaupun cuba ditegah. Kejadian itu mengejutkan pengunjung lain yang berada berhampiran dan ada yang cuba memberi jaket kepada wanita tersebut ketika dia berjalan menuju lif. Tidak diketahui apa yang terjadi pada wanita berkenaan selepas itu. - Bangkapos



#perselisihanfaham #masalahrumahtangga #bekassuami



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!