Wednesday, May 8, 2019

Lelaki gemuk punca penumpang maut gagal selamatkan diri dalam nahas pesawat terbakar



Lelaki gemuk punca penumpang maut gagal selamatkan diri dalam nahas pesawat terbakar | SEORANG lelaki gemuk didakwa menghalang penumpang lain di dalam pesawat Aeroloft yang terbakar sebelum meletup untuk menyelamatkan diri. Dmitry Khlebushkin tekad mengambil beg galasnya di ruang kabin walaupun dilarang berbuat demikian. Hanya tiga penumpang di kerusi belakangnya dipercayai terselamat. "Di dalam video kami melihat penumpang pertama melompat hanya dalam masa empat saat... yang kedua - lima saat. "Penumpang kedua merupakan lelaki gemuk yang marah kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik... dari tempat duduk 10C.

"Dia Dmitry Khlebushkin. Dia menyelamatkan beg galasnya. Dan dia kelihatan tenang mesekipun mengetahui penumpang lain di kerusi 11 maut," kata netizen dalam forum penerbangan, Forumavia. Dia bukan satu-satunya penumpang yang membawa bersama beg masing-masing tetapi beberapa penumpang lain boleh dilihat membuang beg mereka ke atas landasan. Video menunjukkan pesawat Aeroloft itu terbakar sebelum meletup sebaik sahaja mendarat kecemasan. - Metro.co.uk





.

Friday, May 3, 2019

Remaja ini umpama tinggal dalam dunia 'Alice In Wonderland'



Remaja ini umpama tinggal dalam dunia 'Alice In Wonderland' | Ingatan seorang remaja perempuan terpadam setiap hari selepas dia bangun daripada tidur ekoran kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala dua tahun lalu. Caitlin Little, 16, berasal dari bandar ini disahkan menghidapi masalah amnesia anterogred hingga mengakibatkan dia gagal menyimpan ingatan baharu. Lebih malang, otaknya akan memadam memori dikumpulkan setiap hari apabila dia tidur pada waktu malam. Gadis itu juga gagal mengingati semula perkara yang berlaku pada hari sebelumnya.

Akibat penyakitnya itu, kakaknya Sarah berkata, keluarga mereka terpaksa membuat nota mengenai semua perkara di rumah untuk membantu Caitlin mengharungi aktiviti hariannya. “Ia bagai tinggal di dunia Alice in Wonderland kerana terdapat nota ‘makan saya’, ‘minum saya’ dan ‘guna ini’. Begitu banyak nota ditampal di dalam rumah,” kata Sarah. – Agensi





.

Lelaki berjaya hilang 120kg berat badan selepas dipaksa beli dua tempat duduk dalam penerbangan



Lelaki berjaya hilang 120kg berat badan selepas dipaksa beli dua tempat duduk dalam penerbangan | SEORANG lelaki mendedahkan mengurangkan berat badan kira-kira 120 kilogram (kg) selepas dia dipaksa membeli dua tempat duduk penerbangan. Gary Kirkwood berjaya menurunkan berat badan separuh daripadanya iaitu 76kg dalam tempoh 18 bulan. Menurut laporan Daily Record, dia kini menyimpan kadbod yang menunjukkan bentuk badan asalnya, berserta seluar besar yang digunakannya ketika itu sebagai peringatan mengenai berat badannya sebelum ini.

Gary, 31, dari Motherwell, Scotland, sebelum ini mempunyai berat badan 196kg. Pekerja khidmat pelanggan itu kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membuang kulit berlebihan di badan dan lengannya. - Mirror UK





.

Tuesday, April 30, 2019

Akhirnya lelaki ini dedah kisah sebenar di sebalik visual seram imej anak berbeza di cermin yang tular



Akhirnya lelaki ini dedah kisah sebenar di sebalik visual seram imej anak berbeza di cermin yang tular  | SEJAK kebelakangan ini pelbagai video penampakan makhluk halus tular di laman sosial yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kesahihan rakaman berkenaan. Baharu sahaja reda masyarakat bercakap tentang video kelibat nenek kebayan di Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar yang menaikkan bulu roma, kini tular pula rakaman seorang bayi di hadapan cermin menyaksikan pantulan imejnya tidak bergerak apabila dia memalingkan wajah ke arah belakang. Video yang dirakam oleh ibu bayi berkenaan membuatkan dia berada dalam keadaan panik ketika memanggil suaminya untuk mengalihkan anak mereka di cermin itu. "Jangan bagi anak main cermin malam-malam. Kalau tak inilah jadinya," tulis bapa bayi itu, Nasrullah Napi, 31, selepas memuat naik video berkenaan di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, ramai berasa ragu-ragu dengan kesahihan serta keaslian video tersebut kerana ia dilihat seperti disunting sehingga mengundang pelbagai pandangan di media sosial. Nasrullah ketika dihubungi mStar mengakui kejadian pantulan imej anaknya, Mohammad Naeyl yang berusia 9 bulan itu tidak bergerak adalah palsu dan ia sebenarnya hasil proses suntingan dilakukannya sendiri. Bapa berusia 31 tahun itu berkata, dia menghasilkan video itu sekadar suka-suka selain ia sebagai teknik pemasaran syarikatnya yang menawarkan perkhidmatan penerbitan video. "Jujurnya video itu saya hasilkan sebagai salah satu teknik pemasaran tentang kesan teknik khas tetapi tak sangka pula ia boleh tular.


"Sebenarnya sudah banyak video yang saya hasilkan menggunakan teknik dipanggil masking itu tetapi ia tidaklah tular seperti video kali ini," katanya yang juga pemilik syarikat produksi Jumper Motion. Pun begitu, Nasrullah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan sesiapa apabila memuat naik video tersebut di laman sosial miliknya. "Saya ingin memohon maaf kepada yang percaya tetapi memang ada kemungkinan perkara seperti itu akan berlaku. Bercakap mengenai video itu, Nasrullah berkata, dia hanya mengambil masa sejam untuk proses suntingan walaupun sebenarnya proses masking boleh memakan masa yang lama untuk disiapkan. Bagaimanapun katanya, dia berharap masyarakat memandang positif terhadap video itu dalam menambah ilmu tentang proses suntingan sesebuah video atau filem. "Tak mudah hasilkan video itu malah saya mengambil masa setengah jam hanya untuk merakam aksi anak yang sesuai untuk disunting selain tempoh dua hari untuk siapkan video berdurasi 10 saat.

 "Kalau buat betul-betul suntingan masking memang susah dan boleh mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kesan tanpa cacat cela. "Untuk video Naeyl saya gunakan teknik pengasingan lapisan di mana video pantulan dalam cermin satu lapisan asing, matanya menjadi gelap lapisan lain manakala Naeyl di depan cermin turut menggunakan lapisan berbeza," jelasnya yang menggunakan perisian After Effect bagi menghasilkan video itu. Sementara itu, Nasrullah berkata, dia tidak kisah mendapat kecaman daripada netizen berhubung video berkenaan kerana ia adalah perkara biasa. Malah katanya, dia tidak akan berhenti daripada menghasilkan pelbagai video lain pada masa hadapan dalam menarik minat masyarakat mengenai teknik suntingan video. "Ada yang mengecam kerana saya menggunakan anak untuk meraih perhatian tetapi sebelum ini pun saya sudah buat beberapa video menampilkan anak saya tetapi ia tidak tular. Tentang dikecam netizen itu pada saya ia adalah perkara biasa dan saya tak pun apa juga orang hendak kata dan Insya-Allah saya akan buat lebih banyak video menarik pada masa hadapan," katanya.-Mstar




.

'Masyarakat pasti hairan dengan status agama saya kerana sering lihat saya solat di masjid'



'Masyarakat pasti hairan dengan status agama saya kerana sering lihat saya solat di masjid' | SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu. Menurut Michael, dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat. "Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

 "Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini. "Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah," katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa. Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati. "Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah," katanya.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu. Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu. "Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki. "Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya," komen peminat. -Mstar





.

Monday, April 29, 2019

Wanita dedah cara mengenali cili tiruan yang telah memasuki pasaran Malaysia



Wanita dedah cara mengenali cili tiruan yang telah memasuki pasaran Malaysia | KALAU sebelum ini kecoh dengan perkataan legit atau fufu yang lebih merujuk kepada barangan original atau tidak. Namun terbaharu timbul seorang wanita berusia 48 tahun yang hanya mahu dikenali Zetty terkejut apabila termakan cili tiruan yang dibuat daripada plastik. Ketika dihubungi, Zetty memberitahu semasa menyediakan bahan untuk memasak dia perasan seperti ada yang tidak kena dengan cili yang dibeli di sebuah pada pasar raya di Kota Damansara, Selangor pada Isnin lalu. “Cili plastik yang dibeli rupanya bercampur dengan cili betul. Jadi saya cuba memotongnya dan belah isi dalam cili itu. “Jika cili betul apabila dihiris dengan pisau ia akan putus-putus dan rapuh, tetapi cili plastik lebih keras dan melentik-lentik.

 “Malah saya juga sudah termakan cili berkenaan dan mendapati ianya melekat pada tekak. Itu yang menguatkan anggapan saya itu cili plastik,” jelasnya. Menurut Zetty, dia memang selalu membeli barang dapur di situ dan sebelum ini tidak pernah ada apa-apa masalah seperti ini. “Seminggu sekali memang akan ke sana berbelanja barang dapur. “Harap orang lain dapat beri perhatian kalau mahu beli cili perlu hati-hati. “Disebabkan kali ini saya tidak beli banyak, jadi saya tidak pergi hantar balik cili itu. “Apabila ke sana lagi, saya akan cuba beritahu pihak mereka,” jelasnya. -Mstar




.

Tuesday, April 23, 2019

Kenali 10 selebriti wanita Malaysia yang sebenarnya 'beauty with brain'


Kenali 10 selebriti wanita Malaysia yang sebenarnya 'beauty with brain' | PERASAN tak masyarakat kita masih gemar meletakkan label terhadap selebriti tempatan terutamanya artis wanita sebagai tidak berpelajaran tinggi malah ia seperti sudah menjadi satu kebiasaan! Kononnya artis tidak perlu belajar tinggi-tinggi untuk berjaya dan cukup sekadar 'menjual' wajah dalam mengecap populariti dan latar belakang pendidikan mereka bukan perkara penting. 'Well' gais! Tidak berapa lama lagi kita akan masuk ke tahun 2020 dan jangan dibawa sekali pemikiran sempit itu. Sebenarnya ramai artis Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi malah sampai ke tahap Doktor Falsafah (PhD) namun mereka memilih bidang seni bukan sahaja kerana ingin disanjung tetapi melihat dunia hiburan sebagai kerjaya. Figura mStar minggu ini menyenaraikan 10 selebriti wanita yang mempunyai latar belakang pendidikan mengagumkan!

1. Dr Soo Wincci, 34

Bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia ini bukan sahaja seorang pelakon dan penyanyi berbakat besar malah seorang yang bijak dan mempunyai pelbagai ijazah dalam genggamannya. Pada 2016, Wincci menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) selepas enam tahun menyiapkan tesisnya. Tidak cukup dengan itu, Wincci juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia. Ketika ini, Wincci sedang melanjutkan pengajian di sekolah muzik terkenal dunia iaitu Berklee College of Music di Valencia, Sepanyol dalam bidang Ijazah Sarjana Muzik. Pheww!

2. Yuna, 33

Lapan tahun lalu, Yuna mengambil keputusan memulakan karier nyanyiannya di Amerika Syarikat dan sejak itu pelbagai kejayaan dikecapi termasuk Chapters dinamakan sebagai album R&B Terbaik pada 2016 oleh Billboard. Di sebalik kejayaannya itu, sekiranya Yuna tidak meneruskan kerjaya dalam bidang seni dia kini mungkin seorang peguam berkaliber kerana mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

3. Mira Filzah, 26

Mempunyai 4.4 juta pengikut di Instagram, nama Mira Filzah tidak perlu diperkenalkan lagi dan dia antara selebriti wanita yang sering mendapat perhatian tidak kira tentang karier mahupun kisah peribadinya. Seorang yang bijak menyusun strategi dalam kariernya, perkara itu bukanlah satu yang pelik kerana anak kelahiran Ipoh, Perak ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

4. Nabila Razali, 27

Sebut sahaja Pematah Hati, kanak-kanak sehingga ke orang tua semua tahu lagu popular Nabila Razali itu dan populariti dikecapinya kini meletakkan dirinya sebaris dengan nama popular lain. Walaupun sering menerima kecaman netizen namun ramai tidak mengetahui Nabila sebenarnya pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Vroom Vroom!

5. Farah Nabilah, 27

Wajah yang jelita dan lakonan memberangsangkan dalam drama seperti Titian Cinta bersama Zul Ariffin dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek bergandingan dengan Fikry Ibrahim melonjakkan nama Farah Nabilah. Sejak itu juga peminat lebih gemar untuk mengetahui kisah peribadinya termasuk ramai sukakan melihat gandingannya bersama Zul sehingga terlupa bahawa Farah sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi.

6. Lisa Surihani, 33

Seperti Yuna, pelakon Lisa Surihani juga mempunyai ijazah dalam undang-undang dari Universiti Aberystwyth Wales, United Kingdom. Walaupun tidak bekerja dalam bidang perundangan namun Lisa banyak bergiat dalam hal-hal berkaitan kebajikan dan kempen kesedaran selain sibuk menguruskan rumah tangga dan dua anaknya.

7. Wany Hasrita, 27

Lagu Menahan Rindu telah melonjakkan nama Wany Hasrita dalam kalangan penggemar muzik tempatan selain pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu. Namun kejayaan terbesar anak kelahiran Perak ini apabila berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) Shah Alam. Tidak mensia-siakan ilmu yang ditimba, Wany menggunakan pengetahuannya dalam bidang sains bagi mengeluarkan produk kecantikannya Jellyta by Wany Hasrita.

8. Najwa Latif, 24

Najwa Latif mengecap populariti menerusi lagu Muka Buku ketika usianya baharu 16 tahun namun dia tidak pernah mengabaikan pelajaran sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika namanya berada di kemuncak penyanyi popular Najwa Latif mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya di Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Masih aktif menyanyi, Najwa kini mempunyai tanggungjawab baharu iaitu sebagai pensyarah di Unitar selain sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang sama.

9. Che Puan Juliana Evans, 30

Pengalaman Juliana Evans dalam bidang seni sebenarnya cukup luas kerana sudah melibatkan diri sejak berusia 12 tahun sebagai hos, pelakon dan model. Jadi tidak hairan Juliana mengambil keputusan menyambung pelajarannya dalam bidang Filem, Video dan Media di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.

10. Zahirah Mcwilson, 24 Nam

a Zahirah mungkin pernah terpalit dengan beberapa kontroversi namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencipta nama sebagai pelakon. Zahirah mungkin masih muda namun dia juga sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Perth Australia. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!