Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul..


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Esok, (24 Januari) jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Selamat menyambut Maulidur Rasul...
Semoga kita semua diberi keberkatan sempenanya..



.

6 Penyokong CHELSEA:

cik ETTY on February 14, 2011 at 10:46 PM said...

♥ Salam Maulidur Rasul ♥

MAZHA on February 14, 2011 at 10:58 PM said...

salam Maulidur Rasul, semoga maulid tahun ini kita dapat memperolehi sesuatu yang diberkati Allah SWT...

Cikbintang on February 14, 2011 at 11:00 PM said...

smga kite mndpt keberktn brsma

Anonymous said...

Salam Pn. Lulu,

Ya banyakkan berselawat dan membaca Qur'an semoga kehidupan kita masa2 akan datang lebih dberkati. Peminat Chelski Pn. Lulu ni ye.Saya peminat Arsenal dan mengkagumi Arsene Wenger coz dia bina Arsenal FC dgn small budget dan polish players from nowhere to bcam world class footballers.

Mountain Climber

farhan on February 15, 2011 at 2:26 AM said...

cantik gmbr tulisan nabi muhammad...rasa nak copy letak dlm blog... sambut maulidur rasul utk umat islam...saya pulak peminat dortmund liga jerman ......thn ni dortmund terbaik menang liga

Biey on February 15, 2011 at 10:14 AM said...

salam maulidur rasul..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!