Sunday, October 2, 2011

Mereka masih di wad


Kelahiran Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang baru berusia seminggu disambut oleh ibu bapa mereka dengan perasaan bercampur gembira dan keresahan terutama mengenai masa depan yang bakal diharungi mereka.

Semasa dalam kandungan, ibu bapa mereka telah dimaklumkan tentang kemungkinan mendapat anak kembar, namun tidak sesekali menduga mereka bukan sekadar dilahirkan bersama malah berkongsi badan yang bercantum pada bahagian pusat hingga dada.
Kedua-dua mereka selamat dilahirkan dengan berat 4 kilogram pukul 11.12 pagi pada 22 September lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini kini masih ditempatkan di hospital itu untuk rawatan lanjut ekoran menghidap demam kuning.

Biarpun pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mereka berkemungkinan berkongsi hati dan jantung, namun bapa kepada kedua bayi ini, Zulkifli Ngah, 41, dan ibunya, Noraini Mohamad, 31, reda dengan anugerah yang dikurniakan kepada mereka.

Ujar Zulkifli, seawal enam bulan pertama kandungan isterinya, dia telah mengetahui tentang risiko dan keadaan kedua-dua anaknya itu, namun tidak gentar dengan ujian Tuhan, malah menerimanya dengan hati terbuka.

Tambahnya, dia tidak terkejut ketika mengetahui isterinya mengandungkan anak kembar ekoran keluarga isterinya turut mempunyai keturunan kembar.
"Ketika menjalani imbasan semasa kandungan berusia enam bulan, pihak Hospital Kemaman memaklumkan bahawa bayi di dalam kandungan isteri saya seperti melekat dan ia disahkan juga oleh HSNZ ketika membuat imbasan di sana.

"Untuk kepastian, kami ke Hospital Kuala Lumpur dan mereka turut mengakui keadaan bayi itu dan ketika itu kami berserah dan berdoa agar bayi kami ini selamat dilahirkan biarpun bercantum di dada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia bersyukur kerana isterinya, Noraini tidak mengalami sebarang komplikasi dan dibenarkan pulang ke rumah keluarga di Kampung Gong Pak Maseh di sini manakala dia berulang alik ke hospital setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini bayi kembar Siam itu yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).








.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 2, 2011 at 10:25 PM said...

semoga masa depan bayi kembar siam ini akan lebih cerah seperti kanak2 lain..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!