Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa yang lebih dalam perkahwinan kali ini. Lagi tinggi harapan kita pada pasangan, kalau tak dipenuhi akan menyakiti saya juga.
Jadi apa yang ada sudah cukup untuk saya melayari alam rumah tangga kembali.” jelas Dira Abu Zahar terus terang.
Tidak mahu menyorok apa-apa daripada sesiapa juga, jelas Dira dia sudah bersedia untuk membina rumah tangga buat kali kedua. Tidak ada istilah trauma ataupun serik dalam erti sebuah perhubungan, Dira yakin ada yang terbaik buat dirinya.
Melihat rumah tangga lalu yang hancur berkecai menyembah bumi, dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Apa yang berlaku sudah disimpan dalam lipatan sejarah buat panduan pada masa hadapan.
Lantas, dia cukup gembira kerana bertemu dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof yang berjaya mencuri hatinya. Sudah bertunang pada Februari yang lalu, mereka berdebar saat akan disatukan pada 11 November ini di Melaka.
“Alhamdulillah semuanya persiapan kahwin saya berjalan dengan lancar. Kalau nak sebut angka, hampir 70 peratus sudah siap dengan bantuan perunding perkahwinan yang saya lantik.
“Bukan soal persiapan yang saya utamakan. Tetapi soal membina rumah tangga buat kali kedua yang jadi taruhan. Memang saya cukup harap rumah tangga yang bakal dibina ini akan kekal sampai akhir hayat.
“Saya anggap perkahwinan ini sebagai rahmat buat saya. Sebagai manusia biasa saya mahu memperbaiki kesalahan lalu. Itu yang paling penting dalam sebuah perhubungan.
“Macam saya cakap sebelum ni, saya tak harap lebih daripada Helmi. Cukuplah kalau saya bahagia macam sekarang. Saya tak mahu kecewa bila apa yang saya harap tak jadi nyata. Nanti bukan saya seorang yang sakit tapi semua orang akan rasa tempiasnya,” kata Dira lagi.
Enggan menoleh ke belakang lagi, Dira sebenarnya cukup optimis dengan perkahwinan kali kedua nanti. Sambil menyifatkan bakal suaminya sebagai lelaki yang cukup prihatin, Dira yakin dia mampu mengecap bahagia bersama insan yang cukup disayanginya.
Malah, tanpa ragu-ragu dia berkata Helmi sebagai lelaki yang cukup degil tetapi tahu tanggungjawabnya sebagai lelaki yang akan hidup bersamanya.
“Dia degil tetapi dia tahu apa yang dia kena buat. Memang sikap-sikap macam itulah yang buat saya suka pada dia sampai berani untuk bergerak ke fasa yang lebih jauh lagi.
“Kurang daripada setahun masa percintaan kami. Ambil keputusan untuk bertunang pada awal tahun dan terus berkahwin hujung tahun ni. Memang orang tanya kenapa cepat sangat. Mungkin dah jodoh saya kot.
“Lagi satu saya nak bina kebahagiaan. Saya selalu ingatkan dia yang saya datang dengan pakej. Dapat saya dapat juga anak. Jadi kalau dia nak sayang saya banyak mana sekalipun, dia kena sayang pada anak saya sekali.
“Saya tak mahu dia lebihkan saya tapi abaikan anak saya. Apa yang saya dapat, anak saya kena dapat juga. Maklumlah nak hidup bersama saya kena terima kelebihan dan kekurangan saya,” katanya tertawa.
Semakin serasi
SEMENJAK mengacarakan program hiburan Melodi!, sudah jarang wajah manis Dira terpampang di kaca tv. Ada juga beranggapan yang Dira sudah melupakan terus bidang yang banyak menaikkan namanya untuk memberi tumpuan pada bidang pengacaraan.
Tidak pernah terlintas untuk terus melupakan lakonan, akui Dira dia memang mengurangkan aktiviti lakonan pada awal kemunculannya dalam rancangan itu.
Bukan tidak yakin pada dirinya, Dira seboleh-bolehnya mahu memberikan tumpuan pada kerjaya baru memandangkan program itu bersiaran secara langsung setiap hujung minggu.
“Pada awal-awal memang Dira jaga jadual agar tidak memberi masalah pada siaran langsung setiap minggu. Kadang-kadang jadual lakonan habis lambat dan saya tak mahu ia mengganggu tumpuan pada Melodi!
“Nampak gayanya semua dah semakin baik dan saya semakin serasi dengan rancangan tu. Jadi saya boleh ambil balik tawaran berlakon macam dulu.” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Ku Sangkakan Siang Kiranya Malam, arahan Jurey Latif.
Kalau ada yang masih ingat, pada awal kemunculan bersama Zizan Razak mengemudi program popular itu, mereka cukup hebat dikritik pelbagai pihak.
Ada yang mengatakan Dira dan Zizan seperti tidak ada keserasian dan tak kurang juga yang mula membanding mereka bersama pengacara terdahulu. Tidak boleh meminggirkan apa juga cakap-cakap orang, Dira tidak berkecil hati dengan apa juga kata-kata kurang enak mengenainya.
“Tiap-tiap hari orang memberikan komen dan kritikan pada saya. Saya dengar dan saya ambil apa juga komen itu untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Kita pun masih baru, masih banyak yang saya kena belajar.
“Soal keserasian tu memang satu perkara yang cukup subjektif. Orang dah berkahwin bertahun-tahun pun kadang-kala tak ada keserasian, ini kan pula kami yang berjumpa seminggu sekali ini.
“Alhamdulillah semua itu dah dapat saya perbaiki mana salah silap. Lama-lama memang saya dan Zizan boleh bekerjasama dan berinteraksi dengan baik. Ini program siaran langsung, jadi komitmennya kena lebih untuk nampak baik.
“Zizan tahu apa yang dia kena buat dan saya tahu apa yang saya perlu lakukan. Kalau tak beri kami peluang macam mana kami nak bukti yang kami boleh lakukan,” luah Dira jujur.
.
5 Penyokong CHELSEA:
AHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh melepas da.. haishhhhhh huhuh
dah nak kahwin rpenye
mudah jodohnya. alhamdulillah...
follow cni cntek..:)
semoga Dira Abu Zahar berbahagia dengan pilihan hidupnya..
Post a Comment