Monday, December 12, 2011

Tertembak lutut sendiri


Seorang pengawal keselamatan cedera di lutut kanannya selepas sepucuk pistol jenis revolver yang dibawanya tiba-tiba meletup ketika mangsa dan rakannya menaiki sebuah van keselamatan di Jalan Tun Jugah, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sulaiman berusia 35 tahun, duduk di tempat penumpang hadapan kenderaan tersebut serta dalam perjalanan pulang dari sebuah bank selepas tamat bertugas.

Bagaimanapun, tembakan peluru itu hanya mengenai sedikit lutut mangsa yang berasal dari Lundu, lalu menembusi van keselamatan sehingga ke sebuah kiosk berhampiran.
Mangsa yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan kemudian dikejarkan oleh ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.









.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!