Beza remaja ini dengan remaja lain di dunia | Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari. Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela. Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu. Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.
Lima pekerjaan
Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah. Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan. Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment